Zhyrille Cruz, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menderita penyakit lymphangioma yang menyebabkan lidahnya membesar dan boleh meninggal dunia sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Ibu bapa Zhyrille iaitu Mary dan Gerry bagaimanapun tidak mampu untuk membiayai pembedahan kanak-kanak berkenaan kerana kesempitan hidup yang dihadapi.

Pasangan itu kini menunggu keputusan ujian Zhyrille yang hanya akan diketahui pada bulan depan dan sama ada dia perlu menjalani pembedahan atau tidak.

Perempuan

Zhyrille kini bergantung sepenuhnya kepada rawatan kemoterapi dan tiub pernafasan yang dibiayai oleh para pegawai kerajaan bagi membantu kanak-kanak itu terus hidup.

Penyakit dihadapi oleh Zhyrille boleh dirawat dengan mudah melalui pembedahan di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Eropah dan negara maju lain.

Namun, jika kanak-kanak itu tidak melakukan pembedahan, Zhyrille akan menjadi salah seorang penyakit yang meninggal dunia akibat lymphangioma.

Perempuan

“Zhyrille adalah cahaya dalam hati kami. Kami tidak tahu apa masa depan yang akan tiba, tetapi kami mahu memastikan perayaan Hari Natal tahun ini adalah terbaik untuknya.

“Zhyrille merupakan hadiah terbaik pernah kami ada. Gelak tawanya membuatkan semua tersenyum dan saya berdoa setiap hari semoga dia membesar menjadi kanak-kanak yang ceria serta cantik,” kata Mary.

Kanak-kanak tersebut menghidap penyakit berkenaan sejak dilahirkan tetapi mulutnya dikesan membengkak.

Doktor tempatan memberitahu keadaan Zhyrille adalah ‘baik-baik sahaja’ dan kemudiannya memaklumkan kanak-kanak terbabit menghidap penyakit lymphangioma.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari malaysiandigest.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here