Nampaknya, musim percutian untuk tahun ini sudah semakin hampir. Pastinya ramai yang sudah mula merancang percutian ke destinasi-destinasi idaman apabila masuk tahun baru nanti. Untuk memudahkan anda merancang, di sini kami senaraikan 10 destinasi pelancongan yang paling banyak dilawati di dunia.

Jom kita mula !

10. Kuala Lumpur, Malaysia

pelancongan Kuala Lumpur

Di tangga ke-10 adalah Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan pencakar langit Menara Berkembar Petronas gah menjadi ikon kepada pemandangan di Kuala Lumpur yang sinonim dengan suasana moden. Bukan itu sahaja, banyak juga tempat-tempat menarik seperti Chinatown yang menyimpan banyak sejarah asal-usul kota ini. Pada tahun 2017, Kuala Lumpur dikunjungi 12.8 juta pelancong dari serata dunia.

9. Shenzhen, China

pelancongan Shenzhen

Boleh disifatkan sebagai pintu gerbang antara Hong Kong dengan tanah besar China, Shenzen adalah sebuah Zon Ekonomi Istimewa yang mempunyai undang-undang perdagangan khas dan tidak sama seperti di tempat-tempat lain. Selain menjadi hab bisnes, Shenzen juga mempunyai banyak kompleks membeli-belah dan taman-taman hiburan. Dianggarkan 13 juta pelawat berkunjung ke kota ini sepanjang tahun 2017.

8. New York City, New York

pelancongan New York City

Tidak perlu hairan lagi mengapa New York adalah destinasi pelancongan paling banyak dilawati di Amerika Syarikat. New York adalah bandar terbesar di Amerika, dan cukup terkenal dengan restoran-restoran mewah serta syurga bagi membeli belah. Sebanyak 13.1 juta pengunjung datang ke sini pada 2017.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Ke Luar Negara Dengan Daulah Educonsult!

7. Paris, Perancis

pelancongan Paris

Sesetengah penduduk dunia menggelar Paris sebagai City of Light, dan ada juga yang memberi gelaran City of Love. Walau apa pun gelarannya, Paris adalah kota yang cukup romantik disusuli dengan keindahan senibinanya. Antara perkara yang wajib dilakukan ketika bercuti ke Paris sudah semestinya melawat Eiffel Tower. Kota romantik ini menarik 14.3 juta pelancong sepanjang tahun ini.

6. Dubai, United Arab Emirates

pelancongan Dubai

Anda tidak akan jumpa bandar yang lebih mewah daripada kota Dubai. Kota ini menempatkan bangunan tertinggi di dunia – Burj Khalifa serta Burj Al Arab, yang merupakan hotel berbentuk layar yang dibina di atas pulau buatan manusia. 16 juta pelancong datang ke Dubai pada 2017.

 5. Macau

pelancongan Macau

Macau seringkali diberi jolokan Las Vegas of China, kerana lambakan kasino dan pusat membeli belah di kota ini. Lebih 300 tahun berada di bawah jajahan Portugis, membuatkan kota ini kaya dengan campuran budaya dalam masyarakat. Macau menerima 16.3 juta pelancong pada tahun ini.

4. Singapore

pelancongan Singapore

Singapura dalah syurga kepada makanan-makanan lazat yang dijual dengan harga yang cukup murah. Kebiasaannya pelancong akan berkunjung ke Marina Bay dan menikmati keindahahan rooftop swimming pool tertinggi di dunia. Swimming pool itu berada pada ketinggian 57 tingkat di Hotel Marina Bay Sands. Sebanyak 17.6 juta pengunjung datang ke sini pada 2017.

BACA JUGA :   Persediaan Sebelum Anda Belajar ke Luar Negara

3. London, England

pelancongan London

Di tempat ketiga adakah London. Terima kasih kepada Brexit kerana membuatkan matawang di London menjadi lebih murah. Ini telah membuka peluang kepada orang ramai untuk melancong ke London meskipun dengan bajet yang sedikit. London juga adalah rumah kepada kelab-kelab bolasepak tersohor EPL seperti Arsenal, Chelsea dan Tottenham. Pada 2017, 19.8 juta orang datang melawat kota London.

2. Bangkok, Thailand

pelancongan Bangkok

Berbeza dengan Krabi dan Phuket, kota Bangkok adalah lebih bercorak metropolis dan meriah. Jika ke Bangkok, cubalah rasai pengalaman menaiki sampan ke pasar terapung. Bab makanan, memang juadah-juadah Thailand ini cukup lazat dan harganya cukup murah. Sebanyak 23.3 juta pelancong datang ke Bangkok tahun ini.

1. Hong Kong

pelancongan Hong Kong

Secara rasminya, Hong Kong adalah destinasi pelancongan yang paling banyak dilawati di dunia. Pada tahun ini sahaja, Hong Kong menerima 25.7 juta pelancong yang datang untuk bercuti dan juga urusan bisnes. Rugi jika datang ke Hong Kong tetapi tidak membeli belah di situ kerana para pelancong akan diberikan harga yang jauh lebih murah. Sebab itulah Hong Kong sering menjadi tumpuan pelancong.

Untuk dapatkan lebih banyak tips-tips travel, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here