Negara England sememangnya kaya dengan pesona dan tradisi, dan tidak ada tempat lain yang memaparkannya dengan jelas selain kota London. Ibu negara United Kingdom ini semakin maju seiring dengan perkembangan zaman, terus menerus memupuk inovasi dan perkembangan dari segi senireka, seni bina, restoran, dan hotel.

London

Kota yang berusia 2000 tahun ini berjaya menterjemahkan ikonografi biasa menjadi peneraju reka bentuk, fesyen, seni halus, dan budaya pop. Dengan menggunakan pengaruh antarabangsa, kebangkitan milenium di bandar ini tercetus daripada budaya yang jelas, penambahbaikan yang bijak, dan inovasi cukup berani.

Saban tahun, berjuta-juta pelancong dari seluruh dunia berkunjung ke London untuk menikmati suasana modennya, sama ada menghayati pemandangan dan berjalan-jalan di sekitar bandar. Tidak kira pada waktu apa pun, perjalanan ke London pastinya menawarkan perasaan teruja kehidupan di bandar.

London

Jadi, di sini Team Deenamik ingin kongsikan beberapa panduan yang perlu anda tahu untuk mengembara ke Kota London :

England mempunyai 4 musim, namun iklim di sana adalah hujan lebat sepanjang tahun. Purata pelancong datang  ramai pada bulan April hingga September dan juga sekitar waktu Krismas ketika waktu malam adalah panjang.

BACA JUGA :   Lihat Keindahan Pemandangan Padi Bukit Di Bali Ini Yang Pastinya Membuatkan Anda Terpegun

Waktu Terbaik Untuk Datang

London

Musim bunga bermula awal di United Kingdom, namun suhu pada waktu itu agak tidak stabil. Bulan November dan Disember selalunya menjadi pilihan kebanyakan pelancong untuk datang kerana pada waktu itu musim sejuk masih ringan dan banyak pasaraya menjual barang-barang khas sempena Krismas.

Pengangkutan Di London

London

Kereta api bawah tanah lazimnya menjadi pengangkutan utama di London (disebut sebagai tube ataupun underground). Tiket perjalanan sekali naik berharga $2.60 untuk ke bas, bot, komuter dan teksi. Pengangkutan dibahagi kepada beberapa zon. Semakin jauh zon itu dari London, makin mahal harga untuk ke sana.

Jika anda berada di London untuk beberapa hari, anda dicadangkan membeli satu smart card dan beli pas sehari ($9.90) ataupun pas seminggu ($49.50).

Peringatan

London

Kos di London adalah sangat mahal dan mempunyai budaya yang sangat berbeza. Kebanyakan teksi hitam hanya menerima wang tunai dan tidak menerima kad. Seeloknya, anda rancang terlebih dahulu aktiviti yang ingin dilakukan di sana bagi memudahkan urusan anda.

BACA JUGA :   10 Destinasi Pelancongan Paling Banyak Dilawati Di Dunia

Tempah tiket wayang dan restoran dengan lebih awal supaya anda dapat menikmati harga yang lebih murah.

Cuaca Di London

London

Januari adalah bulan paling sejuk, dengan purata suhu serendah 7°C. Julai pula merupakan bulan paling panas, dengan purata suhu 19°C.

Bahasa Yang Digunakan

Bahasa Inggeris

Matawang

British Pound

Soket Elektrik

United Kingdom menggunakan soket elektrik jenis G. Anda yang datang dari Malaysia tidak akan menghadapi masalah kerana peralatan elektrik dari Malaysia sesuai digunakan di sana.

Untuk terus dapatkan tips-tips travel ke dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com


Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here