Mengekalkan kesihatan bukan hanya tertumpu pada aktiviti senaman yang dilakukan pada setiap hari, tetapi pengambilan makanan seperti buah-buahan juga amat penting kerana ia mempunyai serat tinggi serta khasiatnya istimewa yang tersendiri. Bukan rekaan tetapi ia adalah fakta sebenar yang perlu diketahui manusia. Lebih baik jika anda memakan buah terlebih dahulu sebelum memakan nasi, kerana ia dapat membantu anda mengurangkan berat badan dan mengekalkan momentum kesihatan tubuh.

 

Loading...

 

#1. Buah Limau

Limau memang rasanya sungguh sedap apabila dimakan, tetapi bukan sekadar sedap malah limau juga mempunyai antioksidan yang dikenali sebagai NARINGENIN yang mampu membaiki kerosakan DNA disebabkan mutasi berpunca daripada sel barah prostat.

Selain itu juga, Antioksidan ini juga berfungsi merancang enzim yang membaiki tisu DNA. Semua jenis limau mengandungi antioksidan limonoid. Kajian menunjukkan limonoid mempunyai ciri-ciri antibarah terutama paru-paru, payudara dan usus.

 

#2. Plum

Plum merupakan sejenis buah yang mengandungi sumber vitamin C, K, A (beta karotena), serat, kalium dan kumpulan antioksidan fenol. Buah plum juga kaya dengan antioksidan, malah ia juga terbukti mampu memulihkan masalah mata dan mempunyai sumber kalori dalam yang sangat rendah. Oleh itu, amat sesuai dijadikan pilihan anda bagi menurunkan berat badan.

 

#3. Manggis

Manggis adalah buah yang sering kita dengar dan pastinya anda semua pernah merasai kelazatannya sehingga menjadi satu pengalaman semanis buah manggis kan? Hehe..

Manggis dengan kandungan antioksidan yang lebih mujarab untuk dimakan POLIFENOL. Hasil kajian juga menunjukkan ciri-ciri antioksidan polifenol adalah lebih baik daripada vitamin C, E dan karetonoid. Tambahan lagi, antioksidan yang lebih mujarab dan berkualiti menjadikan manggis sebagai buah untuk mencegah kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan lagi daya ketahanan tubuh melawan penyakit.

BACA JUGA :   5 Jenis Makanan Yang Boleh Membantu Anda Tidur Dengan Cepat

Para pengkaji turut berminat dengan kulit manggis kerana ia kaya dengan khasiat xanthone dan kesannya dilihat sangat baik terhadap barah, masalah pernafasan, sistem imun dan kesihatan usus.

 

#4. Buah Naga

Buah Naga mempunyai bentuk unik ini sangat berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan tubuh anda.

Buah Naga terbahagi kepada dua jenis iaitu buah naga merah dan buah naga putih.  Memiliki kadar air yang tinggi iaitu sekitar 90 peratus daripada berat buah. Rasanya yang manis, buah naga digunakan sebagai pelepas dahaga kerana dapat mengembalikan kesegaran tubuh.

Buah ini, mengandungi kalsium yang membantu menguatkan lagi tulang dan gigi selain menstabilkan tekanan darah anda. Malah, buah ini juga mengandungi vitamin B, zat besi, foforus, vitamin C dan A. Kesemua kandungan ini juga akan membantu menyokong metabolisma tubuh yang penting untuk kesihatan.

 

#5. Durian Belanda

Durian Belanda mempunyai banyak khasiat yang anda tahu, malah ia juga dikatakan buah ajaib kerana dapat menyembuhkan penyakit kanser dan menjadi ajen anti kanser. Jika pokok durian Belanda ini anda miliki pastikan ia dijaga dengan baik kerana manfaat besar terkandung di dalamnya.

Kandungan serat yang tinggi, dengan hidangan satu cawan durian Belanda sahaja ia akan membekalkan tubuh anda sebanyak 7gm serat iaitu bersamaan dengan 1/3 serat yang diperlukan oleh orang dewasa.

Sekiranya anda mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil cuba amalkan mengambil durian Belanda untuk merasai perubahan pada diri anda. Selain itu, ia juga baik untuk mencegah kekejangan otot kerana itu ia amat sesuai diambil sebelum melakukan senaman.

BACA JUGA :   Pisang Kaki Ternyata Banyak Khasiat Yang Tidak Diketahui Ramai

 

#6. Buah Ceri

Antioksidan sangat penting dalam pencegahan penyakit berpunca daripada radang seperti sakit jantung, artistis dan gaut. Buah ceri mengandungi sebatian terhasil secara semulajadi iaitu antosianin berfungsi untuk menyekat peningkatan enzim yang menyebabkan kesakitan berpunca daripada keradangan.

Selain itu, Ceri juga kaya dengan sumber vitamin B1, B2, B5, B6, dan B12. Untuk pengetahuan, vitamin B memainkan peranan aktif bagi metabolisma tenaga. Vitamin B6 dan B12 pula penting untuk mengekalkan tahap homotesisteina yang sihat.

Pengambilan buah ceri ini juga disarankan diambil sebelum tidur untuk membantu meningkatkan tahap melatonin untuk memberi ketenangan dan memudahkan anda tidur.

 

#7. Pisang Kaki

Rupa-rupanya buah ini mempunyai banyak khasiatnya. Disamping rasanya yang manis dan rasa seperti kelapa, buah ini turut mempunyai kalori yang rendah iaitu 70 kalori/ 100g. Malah, ia juga mengandungi vitamin C, glukosa, sukros, fruktos dan iodin. Pendek kata ianya sangat bernilai tinggi dari segi perubatan. Antara khasiat buah ini ianya boleh menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan bagus untuk paru-paru anda.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai promosi menarik ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here