Tidur merupakan satu elemen penting dalam memastikan tubuh badan manusia kekal sihat. Semasa tidur, otot-otot dalam badan kita berehat dan memberi ruang kepada penghasilan sel-sel baru menggantikan sel yang telah rosak. Sebab itulah tidur yang cukup akan membuatkan anda bangun dengan penuh rasa segar dan bertenaga.

tidur

Loading...

Walaubagaimanapun, ramai di kalangan kita mengalami masalah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Ada yang tidurnya terganggu kerana insomnia, mata susah nak lelap, mudah terjaga dan macam-macam lagi.

Justeru, di sini kami ingin kongsikan beberapa jenis makanan yang boleh membantu anda tidur dengan cepat dan lena :

#1. Badam

Walaupun diambil dalam kuantiti yang sedikit (kira-kira 1 oz.), badam membekalkan 19% keperluan harian anda untuk magnesium. Magnesium sangat-sangat berkesan dalam memastikan anda tidur dengan lena.

BACA JUGA :   FAKTA : Jenis Buah-buahan Berkhasiat Yang Perlu Anda Ketahui

Tambahan pula, badan adalah sumber melatonin (hormon yang merangsang tubuh anda untuk mudah terlelap). Waktu yang ideal untuk makan badam adalah ketika siang hari ataupun selepas minum lewat malam.

#2. Kiwi

Kandungan serotonin di dalam buah kiwi boleh membantu anda terlena dengan cepat. Ini kerana serotonin dapat merangsang otak untuk mengawal kitaran tidur tubuh anda. Makan sekurang-kuranga 1 atau 2 biji kiwi sebelum pada waktu malam dan anda pasti bangun dengan segar.

#3. Kacang Kuda

Kacang kuda mengandungi banyak asid amino yang boleh meningkatkan pengeluaran melatonin, sekaligus menjamin tidur yang lena. Kebiasaanya kacang ini banyak dijual secara rebus dan ada juga dijual secara pek di kedai-kedai runcit.

BACA JUGA :   FAKTA: Cara-cara Untuk Tidur Dengan Lebih Cepat

#4. Buah Ceri

Ceri sememangnya kaya dengan kandungan melatonin. Minum segelas jus ceri ataupun campurkannya di dalam ramuan makanan, nescaya anda mudah terlelap.

#5. Ikan Salmon

Gabungan khasiat omega-3 dan vitamin D di dalam ikan salmon (sama juga seperti tuna, makerel dan trout) berupaya membantu anda terlelap kerana ianya meningkatkan penghasilan serotonin.

Terdapat banyak cara untuk anda masak ikan salmon ini, tetapi yang itu kami biarkan anda tentukan. Mulakan makan ikan salmon dan anda akan rasai perbezaannya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai tips-tips kesihatan dan makanan, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here