Malaysia Aiport Holdings Bhd (MAHB) kini sedang mempertimbangkan untuk membina sebuah terminal lapangan terbang baharu, KLIA 3 dalam tempoh 5 tahun akan datang kerana KLIA dan KLIA 2 kini sudahpun memenuhi kapasiti maksimum, menurut laporan The Star.

KLIA 3

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata rancangan pembinaan KLIA 3 sedang serius dipertimbangkan. Ini kerana pengendali lapangan terbang seperti KLIA dan KLIA 2 menerima 59 juta penumpang tahun lalu, berbanding jumlah kapasiti yang boleh diterima iaitu 75 juta penumpang.

Walaubagaimanapun, keputusan untuk membina KLIA 3 memerlukan perbincangan dan persetujuan dengan pihak kerajaan terlebih dahulu. Terminal KLIA sememangnya perlu dibesarkan memandangkan lapangan terbang itu semakin berkembang.

KLIA 3

KLIA mencatatkan 58.5 juta penumpang pada 2017, pertambahan 11.2% berbanding tahun 2016. Menurut pecahan, Terminal Utama KLIA menerima 28.2 juta penumpang manakala KLIA 2 pula menerima 30.2 juta penumpang. Lapangan-lapangan terbang lain seperti Subang Airport juga masih bergelut dengan kadar utilisation mencecah 200%.

Terminal baru itu akan dibina di sepanjang sempadan landasan tiga dan empat manakala beberapa terminal pertengahan lapangan berkemungkinan dibina di sepanjang KLIA dan KLIA2, di mana terdapat keluasan tanah yang mencukupi.

KLIA 3

Di samping itu, Badlisham menambah bahawa pengendali lapangan terbang akan menumpukan untuk meningkatkan kemudahan pengendalian bagasi dan Aerotrain. Perkara itu adalah sebahagian daripada program peningkatan dalam tempoh 2-3 tahun akan datang untuk menampung tambahan 3-5 juta penumpang di dua lapangan terbang tersebut.

Jadi macam mana, adakah anda bersetuju jika terminal KLIA 3 dapat direalisasikan ? Lontarkan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here