Apa itu IMAMS ?

IMAMS adalah Integrated Manasik Monitoring System atau Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) mulai 15 Disember 2017.

IMAMS

Tugas IMAMS

Pada dasarnya, IMAMS dibangunkan bertujuan memperkemas dan menangani permasalahan semasa di dalam industri dan masyarakat, khususnya berkaitan isu penipuan pakej Umrah dan Ziarah.

Pendek kata, sistem ini berfungsi memantau, mengelak dan membendung kes penipuan yang banyak dilaporkan sebelum ini.

Siapa orang besar syarikat yang mengendalikan IMAMS ?

IMAMS bukan dikendalikan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, tetapi oleh sebuah syarikat swasta yang baru ditubuhkan selepas kerajaan memperkenalkan Lesen Khas Umrah (LKU).

Syarikat tersebut adalah Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd.

Difahamkan lembaga pengarah syarikat berkenaan turut dianggotai ahli bukan Islam, sementara Pengerusi Lembaga Pengarahnya pula adalah bekas ahli politik. Ada yang mengaitkan syarikat itu diketuai  oleh bekas Adun Batang Kali, namun masih belum dapat dipastikan lagi.

Mengapa IMAMS Ditentang ?

Rata-rata pengendali umrah dan ziarah serta orang ramai menentang IMAMS kerana menganggapnya sebagai ‘lintah darat’. Mana tidaknya, ia adalah satu sistem yang sengaja diwujudkan bagi mengutip duit daripada umat Islam yang hendak menunaikan umrah.

IMAMS dipaksa diterima pakai oleh semua syarikat pengendali umrah dan ziarah di negara ini dengan mengenakan GST bagi setiap jemaah.

IMAMS
Sumber foto : Merdeka Online

Sistem itu dijadikan alasan untuk memudahkan Motac memantau pelaksanaan tanggungjawab oleh syarikat serta  perjalanan jemaah. Walhal, itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan tanpa perlu dikenakan caj atau bayaran.

Untuk perincian, bermula 18 Disember hingga 29 Disember 2017, semua pengendali umrah yang mempunyai LKU perlu membayar RM 45.00 + RM 2.70 (GST) bagi setiap permohonan visa untuk jemaah umrah.

Tidak cukup dengan itu, keperluan untuk memperolehi perkhidmatan insurans bagi setiap jemaah umrah juga dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2018. Jumlah kadar yang dikenakan adalah RM 85.00 + RM 5.10 (GST). Jumlahnya RM 90.10.

Tahun ini, dianggarkan 290,000 jemaah bakal mengerjakan umrah menerusi agensi pengendali umrah yang sudah memperoleh LKU. Bayangkan berapa jumlah wang yang dengan mudah dikaut oleh syarikat terbabit pada tahun ini dan di masa akan datang.

IMAMS

Jumlah bayaran yang diperoleh syarikat itu jika mengambil kira 290,000 jemaah mengerjakan umrah dalam setahun adalah RM26.129 juta. Daripada jumlah itu RM1.479 juta adalah GST; RM11.6 juta (insurans) dan yang masuk kepada syarikat itu RM13.050 juta.

Menurut Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, pengendali umrah dan haji menyokong matlamat LKU bagi membanteras penipuan yang kerap berlaku.

IMAMS Papuh

Namun, LKU mensyaratkan penggunaan IMAMS yang hanya menyebabkan kos pelaksanaan umrah bertambah kepada jemaah, apatah lagi dengan kejatuhan ringgit ketika ini.

Justeru, boleh disifatkan IMAMS hanya satu kesempatan untuk ‘mengutip’ wang dengan cara mudah. Pelaksanaan sistem ini sememangnya membebankan syarikat-syarikat pengendali umrah di Malaysia. Jadi tidak hairanlah mengapa pelaksanaannya mendapat tentangan yang begitu hebat daripada orang ramai.

Diharapkan pihak kerajaan dapat memandang serius perkara ini dan meneliti semula penguatkuasaan IMAMS. Rakyat semakin terbeban dan ditekan, hinggakan urusan umrah dikenakan sistem bayaran yang merumitkan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Kredit : Artikel ini dipetik daripada ISMAweb dan MalaysiaDateline

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here