Pejam celik pejam celik, hari ini sudah 30 Sya’ban bermakna esok adalah hari pertama dalam bulan Ramadhan. Sungguh cepat masa berlalu sehingga kita tidak sedar bermula esok umat Islam sudah mula ibadah puasa.

Alhamdulillah, tahun ini kita masih lagi berpeluang berjumpa dengan bulan Ramadhan iaitu bulan yang penuh barakah dan bulan dimana segala amalan kita digandakan pahala.

Ramadhan

Tips kepada anda untuk kekal cergas dan bertenaga di bulan Ramadhan

#1. Ambil Makan Yang Lambat Dihadam

Anda disarankan untuk mengambil makanan yang lambat dihadam ketika waktu sahur seperti nasi, capati, roti, jagung, out, bijirin, roti mil, sayur, dan buah-buahan. Makanan ini mengandungi karbohidrat yang kompleks dan serat yang akan berada dalam perut dalam jangkamasa yang agak lama dan akan melambatkan rasa lapar.

#2. Ambil Makanan Yang Cepat Dihadam

Ketika berbuka puasa, anda disarankan untuk mengambil makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah, sup dan bubur. Makanan ini mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang cepat dihadam.

Ramadhan

Selain itu, ketika waktu berbuka anda selalunya akan mengambil 3-4 biji kurma. Kurma bukan sahaja makanan sunnah ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan. Kurma dapat memberikan tenaga dengan segera yang diperlukan oleh badan kita setelah seharian penat berpuasa.

BACA JUGA :   2019: Ikuti Langkah-langkah Ini Untuk Memastikan Azam Anda Tercapai!

#3. Minum air kosong sekurang-kurangnya 3L sehari

Pastikan anda minum air kosong secukupnya ketika bulan Ramadhan ini. Walaupun anda berpuasa di siang hari, pastikan semasa sahur anda mengambil sekurang-kurangnya 1L air kosong dan ketika berbuka sehingga sebelum tidur 2L lagi.

Ramadhan

#4. Semasa Berbuka, Makanlah Perlahan-lahan dan berperingkat

Ini amat penting sekali bagi memastikan perut kita berada dalam keadaan selesa. Setelah sistem penghadaman dalam keadaan rehat seharian. Jika anda mengambil semua makanan sekaligus, ini akan menyebabkan perut anda sebu dan tidak selesa pada malamnya ataupun pada hari keesokkan.

Antara makanan yang perlu dielakkan di Bulan Ramadhan ialah makanan yang mengandungi garam berlebihan dalam makanan atau minuman kopi (kafein) ketika bersahur kerana ia bersifat diuretic. Ini akan menyebabkan tubuh akan cenderung/kerap untuk menyingkirkan air daripada badan menerusi air kencing. Sekali gus mudah berasa lapar dan dahaga ketika berpuasa.

Ramadhan

Selain itu, anda perlu kurangkan makanan yang bergoreng atau berlemak yang boleh menyebabkan ketidakhadaman dan seterusnya anda akan mengalami masalah pedih hulu hati.

BACA JUGA :   Ayuh ke Bidang Perubatan di Universitas Hasanuddin, Makassar

Selain itu, anda perlu elakkan daripada mengambil makanan yang terlalu manis. Kerana ia tidak dapat disimpan lama dan dihadam terlalu cepat. Oleh itu, anda akan mudah berasa lapar dan letih.

Ramadhan

Bagi mereka yang mengalami masalah gastrik, makanan yang berempah dan terlalu pedas tidak bagus diambil ketika di bulan puasa ini. Kerana ia merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik.

Pastikan anda bersahur di bulan puasa ini dan makan makanan seimbang. Jangan tinggalkan sahur dan sebolehnya lewatkanlah masa bersahur anda. jangan bersahur di tengah malam kerana nanti badan anda tiada tenaga.

Pastikan anda mengambil air kosong yang secukupnya semasa sahur dan makan kurma bagi membekalkan tenaga segera sepanjang hari semasa anda puasa.Jadi tiada alasan untuk anda tidak memperbanyakkan amal ibadat di bulan mulia ini. Bulan Ramadhan ini hanya sekali sahaja, rugilah kalau kita tidak memanfaatkannya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here