Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Sirul Azhar Umar yang menjadi kambing hitam dalam kes Altantuya, dilaporkan mahu kembali ke Malaysia dan mendedahkah siapakah dalang sebenar di sebalik pembunuhan model Mongolia itu.
Walaubagaimanapun, Sirul Azhar mengemukakan satu syarat yang harus dipenuhi oleh kerajaan Malaysia sekiranya mahu dalang itu dibongkarkan.
Syaratnya adalah Yang di-Pertuan Agong haruslah memberikan pengampunan penuh kepada beliau yang kini sedang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Australia sejak 3 tahun yang lalu.
“Ini kerana tanpa pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Australia tidak boleh melepaskan saya daripada tahanan,” kata Sirul Azhar.
Menurutnya, dia juga akan bekerjasama dengan kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan untuk menjadi saksi sekiranya kes itu dibuka semula.
Sirul Azhar dan Azilah Hadri didakwa atas pertuduhan membunuh Altantuya Sharibuu yang berusia 28 tahun antara pukul 10 malam hingga 1 pagi, di Lot 12843 dan Lot 16736, Mukim Bukit Raja, Klang kira-kira 12 tahun yang lalu.
Pada malam itu, Altantuya telah dilarikan di dalam sebuah kereta dan dibunuh sebelum mayatnya dibom menggunakan C4 di sebuah hutan dekat kawasan berkenaan.
Ramai pihak percaya bahawa kes pembunuhan Altantuya ini ada kaitannya dengan Najib Razak, Rosmah Mansor dan Razak Baginda. Perselisihan faham dengan Altantuya timbul berhubung skandal komisyen dalam pembeliah kapal selam Scorpene dari Perancis.
Najib Razak yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu, walaubagaimanapun menafikan terlibat dalam kes tersebut.
Razak Baginda yang didakwa bersubahat dengan mereka juga dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Semoga di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan, lebih banyak kes pembunuhan berprofil tinggi seperti ini akan dibuka semula dan dalangnya akan diheret ke muka pengadilan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com