Banyak universiti luar negara yang menawarkan pendidikan berkualiti pada kos yang jauh lebih berpatutan berbanding universiti di negara-negara seperti Rusia, Indonesia, Poland dan lain lain.
1. Kos lebih rendah, tapi standard tinggi
Negara seperti Rusia, Poland atau Turkiye menawarkan yuran pengajian yang jauh lebih murah — kadangkala hanya separuh atau satu pertiga daripada kos universiti di UK atau Australia.
Contohnya, bidang Perubatan di Rusia boleh menelan kos sekitar USD 4,000–6,000 setahun, berbanding UK yang boleh mencecah USD 30,000 setahun.
Namun, kualitinya tetap terjamin sebab banyak universiti luar negara ini:
-
Diiktiraf oleh WHO, Malaysian Medical Council (MMC), dan badan antarabangsa lain.
2. Kualiti pembelajaran bertaraf antarabangsa
Bahasa pengantaraan di kebanyakan universiti luar negara, termasuk di Eropah Timur dan Asia Tengah, menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya dan mengikuti piawaian antarabangsa.
Pelajar bukan sahaja belajar teori, tapi juga dapat pengalaman praktikal di hospital atau institusi sebenar bagi bidang perubatan.
3. Kos sara hidup yang murah
Selain yuran, kos sara hidup di negara-negara seperti Rusia, Poland, atau Turkiye jauh lebih rendah berbanding negara Barat.
Pelajar boleh hidup selesa dengan bajet sederhana tanpa mengorbankan kualiti hidup.
4. Pengiktirafan dan peluang global
Ramai yang risau bila dengar tentang belajar di luar negara dengan kos yang murah — takut universiti tersebut tidak diiktiraf atau sijilnya tidak laku bila balik ke Malaysia.
Hakikatnya, banyak universiti luar negara yang menawarkan program mampu milik tetapi tetap mempunyai pengiktirafan antarabangsa.
Sebagai contoh:
-
Universiti di Rusia, Poland dan Turkiye banyak disenaraikan dalam World Directory of Medical Schools (WDOMS) atau diiktiraf oleh World Health Organization (WHO).
Kesimpulannya, ya — universiti luar negara boleh jadi murah dan tetap berkualiti, asalkan anda pilih tempat yang betul dan dapat bimbingan daripada konsultan pendidikan yang berpengalaman seperti Daulah Educonsult.
Dapatkan konsultasi secara percuma disini: https://apply.daulahmedic.com/general-studyabroad-mp







