Cadangan mengenai (BTN) Biro Tatanegara dibubarkan mendapat sokongan penuh oleh Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Hal ini kerana,  tujuan penubuhan asal BTN sudah lari daripada landasan dan tujuan asal penubuhannya.

BTN

Pada awal penubuhannya, BTN bertujuan meningkatkan semangat patriotisme rakyat Malaysia, namun telah dimanipulasi untuk kepentingan politik.

Syed Saddiq berkata, BTN telah jauh tersasar dari tujuan asalnya dan beliau melihat badan itu dijadikan sebagai salah satu saluran memperkukuhkan satu parti politik sahaja dengan cara menghasut satu kaum agar saling membenci kaum lain.

Memupuk semangat patriotisme dan semangat kemasyarakatan dalam kalangan golongan belia boleh diterapkan melalui sistem pendidikan negara yang dilihat jauh lebih baik serta bersistematik, dan tidak hanya berfokus kepada BTN sahaja.

BACA JUGA :   WHO - Coronavirus mungkin tidak akan terhapus?

BTN

Hal ini demikian kerana biro itu dilihat sangat memihak serta bersifat toksik terhadap perpaduan sejati negara dan masih beroperasi dalam modul “kerangka Perang Dingin”. Ia dilihat sudah tidak sesuai dan dunia sudah berubah.

Menurut sejarah, BTN adalah satu organisasi kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah Program Belia dan dikenali sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan pejabat pada awalnya terletak di Wisma Keramat, Kuala Lumpur.

BTN

Pada Oktober 1981, Unit Penyelidikan Belia ini telah diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Pada Jun 1982, unit ini telah ditukarkan nama kepada Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri.

BTN

Dengan objektif peningkatan pengetahuan dan pemahaman terhadap: Patriotisme dan Kenegaraan, Dasar Kerajaan, Isu-isu Semasa dan Penghayatan Nilai-Nilai Murni.

BACA JUGA :   Ketahui 7 Bahasa Paling Banyak Digunakan Di Dunia

Jadi, apakah pandangan anda mengenai cadangan BTN dihapuskan? Kebanyakan rakyat Malaysia bersetuju mengenai cadangan ADUN Setiawangsa ini. Lontarkan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.

Andai kata tidak dimansuhkan, diharap modul pembelajaran dan tenaga pengajar dikaji semula.

BTN

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here