Anda Pasti Teruja

Buat peminat tegar Harry Potter di Malaysia, masanya sudah tiba!

Tidak ragu-ragu lagi bahawa Malaysia juga mempunyai peminat yang ramai terhadap filem ini.

Selama ini, anda semua pasti berasa tidak puas hati kerana terdapat kafe Harry Potter yang menarik di seluruh negara termasuk negara jiran kita, Singapura.

Harry Potter
Sumber foto: https://discoverkl.com

Akhirnya anda semua boleh bergembira kerana Malaysia mempunyai kafe buku yang berasaskan filem yang penuh dengan sihir dan fantasi.

Harry Potter
Sumber foto: Hedwig Books & Cafe

Filem Harry Potter telah menjadi kegilaan orang ramai sejak filem itu ditayangkan sehingga kini. Hal ini kerana elemen yang diletakkan di dalam filem itu sangat menarik perhatian dan filem itu memberikan impak sebenar seperti berada di alam mereka.

Tentang Kafe

Harry Potter
Sumber foto: https://discoverkl.com

“Hedwig Books & Cafe” mula beroperasi minggu lepas pada 21 Oktober 2017. Ia menghidangkan makanan dan minuman yang selaras dengan harga kafe yang biasa dan mereka juga menyediakan koleksi buku-buku yang menarik.

Harry Potter
Sumber foto: Hedwig Books & Cafe
Harry Potter
Sumber foto: https://discoverkl.com

Koleksi buku-buku mereka terdiri daripada pelbagai genre dan terdapat juga novel Harry Potter. Mereka juga menyediakan buku itu di dalam Bahasa Melayu.

Harry Potter
Sumber foto: Hedwigs Books & Cafe
Harry Potter
Sumber foto: Hedwigs Book & Cafe
Harry Potter
Sumber foto: https://discoverkl.com

Terletak di Kota Bahru, kafe ini dihiasi dengan tema yang berasaskan Hogwarts. Anda boleh berpakaian menggunakan jubah seperti di dalam filem Harry Potter supaya anda boleh merasai apa perasaannya menjadi salah seorang pelajar Hogwarts! Terdapat juga cermin mata Harry Potter, anda pastinya boleh berdandan seperti watak utama dalam filem ini.

Harry Potter
Sumber foto: https://discoverkl.com

Tambahan pula, jika anda berasa bosan untuk membaca buku, mereka ada juga menyediakan permainan papan yang bertemakan Harry Potter, kad UNO dan beberapa permainan papan yang lain.

Harry Potter
Sumber foto: Hedwig Books & Cafe
Harry Potter
Sumber foto: Hedgwigs Book & Cafe

Semestinya, mereka mempunyai pencuci mulut yang menarik untuk menyesuaikan dengan tema yang telah ditetapkan, seperti cupcake yang mempunyai topi sihir yang kecik. Cupcake ini sangat comel!

Harry Potter
Sumber foto: Hedwigs Book & Cafe

Pada masa yang akan datang, jika anda melawat Kubang Kerian, Kota Bharu, jangan lupa untuk melawat kafe ini!

Apa yang anda tunggu lagi? Anda perlu pergi ke sini untuk memenuhi impian zaman kanak-kanak anda.

Butiran

Adakah anda berminat untuk pergi ke sana? Di sini terletaknya kafe mereka!

Hedwigs Books & Cafe

Harry Potter
Sumber foto: Hedwigs Book & Cafe

Alamat: PT 1667 Tingkat 1, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan

Masa beroperasi: 10 pagi sehingga 10 malam


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here