Xiaomi

Buat peminat barangan elektronik, Xiaomi, anda boleh menarik lafaz lega selepas ini kerana pengeluar barangan elektronik yang berpangkalan di China ini, bercadang membuka enam lagi Mi Stores di Malaysia bulan depan.

Mi Stores yang bakal dibuka antaranya terletak di Melaka, Johor Bharu, Alor Setar, Kota Kinabalu dan Seberang Perai. Selain Mi Stores yang terdapat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang.

Xiaomi

Hal ini berikutan pengeluar barangan elektronik, Xiaomi melancarkan model terbarunya, Redmi Note 5, semalam. Malaysia menjadi pilihan untuk pasaran telefon pintar global mereka kerana masih mendapat pemintaan yang tinggi daripada pengguna.

Melihat kepada ruang dan peluang untuk meningkat pasaran yang semakin berkembang dan Malaysia adalah antara 70 negara yang menyaksikan kehadiran pengeluar barangan elektronik Xiaomi.

Xiaomi berhasrat untuk membuka lebih banyak lagi Mi Stores, terutamanya di setiap bandar-bandar utama supaya memudahkan pengguna atau bakal pengguna Xiaomi.

Redmi Note 5, baru dilancarkan semalam menawarkan dalam dua variasi – 3 gigabyte (GB) RAM + penstoran 32GB berharga RM799 dan 4GB RAM + penstoran 64GB pada harga RM999.

Xiaomi

Redmi Note 5 hadir dengan skrin bersaiz 5.99 inci, memori sehingga 6GB RAM, dan storan 64GB. Menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 5MP, dan dilengkapi dengan kamera hadapan 13-megapixel dan beteri berkapasiti 4000mAh.

Masih menekankan kepada ciri-ciri kamera pada telefon pintar, Xiaomi dikatakan menawarkan sokongan rakaman gambar yang sangat baik dan berkualiti tinggi. Dijual dengan harga bermula RM799.

Xiaomi

Tempahan awal untuk Redmi Note 5 telah dibuka dan anda boleh menempah Xiaomi Redmi Note 5 ini di Lazada. Peralatan  boleh dibeli di Mi Stores bermula 5 Mei.

Sumber: BERNAMA 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here