Tindakan amat mengejut dilakukan oleh seorang budak berusia 12 tahun baru-baru ini, apabila pergi melancong seorang diri ke Bali, Indonesia. Budak itu bertindak sedemikian selepas bergaduh dengan ibunya di rumah.

 

Loading...

Budak berusia 12 tahun itu dikenali sebagai Drew, bertindak mencuri  kad kredit ibunya sebelum membuat tempahan pakej murah di laman internet.  Setelah berjaya menjumpai pakej termurah, Drew terus membuat tempahan penerbangan dari Sydney ke Perth, kemudian ke Denpasar, Bali.

drew
sumber foto : Wanista.com

Bagi mengelakkan berlaku kesulitan untuk melepasi pemerikasaan pihak berkuasa, Drew telah mendaftar lebih awal di lapangan terbang. Tanpa menghadapi kesulitan sepanjang perjalanan akhirnya dia berjaya sampai ke Bali.

Dilaporkan juga ibu bapa budak berusia 12 tahun itu tidak menyedari apa-apa pun sehingga dimaklumkan anak mereka tidak berada di sekolah. Setelah usaha mencari anak mereka dijalankan, akhirnya pihak berkuasa berjaya menjejakinya di All Seasons Hotel di Bali.

Di sepanjang perjalanan Drew sebelum sampai ke Bali, dia agak hairan kerana tiada seorang pun yang menegurnya walaupun dia sedang bersendirian ketika berada di lapangan terbang antarabangsa Sydney.

drew
sumber foto : The Vocket

Budak itu hanya ditegur oleh pihak berkuasa ketika berada di kawasan pemerikasaan sebelum masuk ke ruang menunggu penerbangan. Ketika diperikasa, pihak berkuasa itu hanya menunjukkan kad pengenalan dan passport apabila diminta mempamerkannya.

Perkara yang amat mengejutkan, Drew bukan sekadar bercuti bersendirian tanpa pengetahuan ibu bapanya. Tetapi dia juga telah menginap di sebuah hotel bertaraf empat bintang, iaitu All Season Hotel selama empat hari di salah sebuah pantai tercantik di dunia.

gambar hiasan

Ibunya, Emma, ketika mengetahui tentang perkara itu, dia agak terkilan atas tindakan anaknya membawa diri sejauh itu tanpa melakukan perbincangan terlebih dahulu, dan bagaimana dia anaknya itu mempunyai keberanian seperti itu.

sumber foto : Wanista.com

Bagaimanapun, para ibu bapa haruslah bertindak secara profesional terhadap anak-anak. Selepas memarahi mereka, cuba pujuk dan tenang hati mereka. Hal ini adalah supaya mereka tidak bertindak sampai diluar jangkaan ibu bapa.

Sumber : The Voocket

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here