Haaa untuk edisi travel kali ini, Team Deenamik ingin kongsikan itinerari bajet percutian ke Istanbul dengan hanya RM180 sehari. Haaa murah kan ?

 

Ramai orang tidak tahu, yang sebenarnya untuk ke Istanbul ni anda tak perlukan wang yang banyak pun. Untuk tiket flight tu memang mahal sikit, tapi kos bila dah sampai kat sana tu memang murah. Anda hanya perlukan perancangan yang teliti, dan anda akan dapat melawat tempat-tempat menarik di Istanbul dengan mudah.

Nak tahu macam mana caranya ? Jom skrol ke bawah untuk baca dengan lebih lanjut.

Istanbul

Cadangan tempoh percutian : 3 hari 2 malam

Penerbangan : Harga bermula dari RM1942 untuk seorang (termasuk pergi balik). Idealnya anda harus book flight 20 minggu lebih awal sebelum tarikh percutian.

Penginapan : Ast Hotel di Sultanahmet (bilik double dengan sarapan disediakan) dari RM61 satu malam. Anda boleh check hotel-hotel lain yang mungkin lebih murah dekat sini.

Tempat untuk dilawati : Hagia Sophia, Masjid Biru, Istana Topkapi, Basilica Cistern, Grand Bazaar, Masjid Sultan Eyup, Gaziantep Burç Ocakbaşi

Kos Pengangkutan : Dianggarkan RM29 (termasuk kad tambang Istanbulkart dan 7 kali naik kereta api/tram/bas)

Makan minum : Dianggarkan RM174 (2 kali makan sehari)

Anggaran Jumlah Kos : RM2477

Nota : Mata wang Turki (Turkish Lira) tidak jauh beza dengan Ringgit Malaysia. RM1 = 1.05 TL. Nilai mungkin berubah dari semasa ke semasa.

#1. Setibanya di Airport
Istanbul
Sultanahmet

Daripada Lapangan Terbang Ataturk, naik tren untuk ke Sultanahmet di kota Istanbul. Anda boleh beli token (dipanggil jetons) untuk membayar tambang tren,  tetapi kami cadangkan anda beli kad tambang Istanbulkart kerana ianya lagi murah. Lagipun, anda akan banyak menggunakan pengangkutan awam di Istanbul ni.

Kad tambang tu ada dijual di lapangan terbang dengan harga RM9. Lepas dah beli, kena masukkan kredit sekurang-kurangnya RM9-14 ke dalam kad itu sebelum menggunakan tren. Naik tren dan turun di stesen Zeytinburnu, kemudiam naik tram menuju ke Sultanahmet Square.

#2. Jalan-jalan di Sultanahmet
Istanbul tram
Pengangkutan awam adalah medium pengangkutan utama di kota Istanbul.

Setibanya di Sultanahmet, anda sudah hampir dengan tarikan-tarikan utama di kota Istanbul. Pendek kata, Sultanahmet ni macam centre kepada tempat-tempat menarik di Istanbul ni.

Kami sangat recommend untuk anda cari hotel di sekitar kawasan ni sebab senang untuk anda pergi ke mana-mana tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk kos pengangkutan.

#3. Melawat Hagia Sophia, Tempat Yang Berusia 1,000 Tahun

Istanbul hagia sophia

Jika anda banyak mengkaji tentang Istanbul, pasti anda pernah dengar tentang Hagia Sophia ni. Dahulunya merupakan gereja terbesar di dunia pada tahun 537, kepesatan pembangunan di Turki telah banyak mengubah keindahan senibina tempat ini.

BACA JUGA :   KEMBALINYA HAGIA SOPHIA SEBAGAI TEMPAT IBADAH ISLAM

Semasa zaman Istanbul adalah Constantinople pada masa dahulu, Hagia Sophia adalah tempat beribadat, tetapi untuk berlainan agama. Sebelum menjadi masjid, Hagia Sophia dahulunya adalah gereja Greek Orthodox yang ditukarkan kepada gereja Roman Katolik. Akhirnya, tempat ini disekularkan sebagai muzium di mana para pengunjung boleh melihat banyak simbol Kristian di sebalik senibina Islam.

Alamat : Sultan Ahmet, Ayasofya Meydanı, Fatih/İstanbul, Turki

Waktu dibuka : Selasa-Ahad, 0900-1700 (musim sejuk); Selasa-Ahad  0900-1900 (musim panas)

Harga Tiket : RM28-43

Website: Hagia Sophia

#4. Berehat Di Istana Sultan di Istana Topkapi

Istanbul

Istana Topkapi banyak mendapat penghargaan di peringkat antarabangsa. Tempatnya direka sebagai kawasan bersejarah di Istanbul, dan diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dibina pada tahun 1400, istana ini dahulunya adalah tempat bersemayam mewah kerabat sultan dan juga permaisuri-permaisuri mereka.

Segala-galanya tersedia untuk sultan pada ketika itu termasuklah hospital persendirian, masjid, kedai dan harta karun. Istana itu kemudiannya ditukar kepada muzium pada 1924 dan mula dibuka untuk dikunjungi oleh orang ramai.

Alamat : Gulhane Park, berdekatan Sultanahmet Square, Istanbul, Turki

Waktu dibuka : Rabu-Isnin, 0900-1700

Harga tiket : RM45

Website : Topkapi Palace

#5. Tak Sah Ke Istanbul Kalau Tak Ke Masjid Biru
Istanbul
Subhanallah, cantik nya masjid ni.

Masjid Sultan Ahmet (lazimnya digelar Masjid Biru) adalah salah satu daripada permata senibina Istanbul yang paling terkenal di dunia. Masjid ini diberi nama Masjd Biru kerana ianya diperbuat daripada 20,000 jubin biru iznik.

Dibina pada tahun 1600-an, Masjid Biru adalah satu-satunya masjid di Turki yang mempunyai 6 menara dan masih digunakan sebagai tempat beribadat sehingga kini.

Yuran kemasukan ke Masjid Biru adalah percuma, tetapi para pelawat dikehendaki menanggalkan kasut sebelum masuk. Wanita juga perlu menutup kepada dengan selendang.

Alamat : Sultanahmet Camii, 34122 Sultanahmet, Fatih, İstanbul, Turki

Waktu dibuka : Masjid Biru hanya ditutup ketika waktu solat 5 waktu dan ketika khutbah.

Harga Tiket : Percuma

Webiste : Blue Mosque

#6. Terokai Rahsia ‘BawahTanah’ Di Basilica Cistern
Istanbul basilica cistern
Kalau ambil gambar Instagram dekat sini pun lawa.

Basilica Cistern adalah satu dunia misteri yang wujud di bawah bandar Istanbul. Juga digelar sebagai Istana Tenggelam, tempat ini dibina untuk menyalurkan air bersih daripada Balkan.

Namun begitu, pemandangan di sini memang unik, dengan ruang besar yang mampu menyimpan 100,000 tan air dikelilingi tiang-tiang marmar yang besar. Haaa tempat ni pernah digunakan untuk shooting filem James Bond, From Russia with Love.

Alamat : Alemdar Mh., Yerebatan Cd. 1/3, 34410 Fatih/İstanbul, Turki

Waktu dibuka : 0900-1830 dari April-September, 0900-173 dari November-April

Harga tiket : RM28

Website : Basilica Cistern

#7. Beli-belah Di Bazar Tertua Di Dunia

Istanbul grand bazaar

Dekat Grand Bazaar ni anda boleh dapatkan macam-macam barangan eksotik dan bermutu tinggi. Pendek kata, dekat sini memang port shopping yang sering menjadi tumpuan. Barang-barang mewah pun dijual dengan harga diskaun yang cukup berbaloi-baloi. Selalunya orang pergi Turki ni tak sah kalau tak beli lampu pelik-pelik.

BACA JUGA :   BELAJAR AGAMA DI LUAR NEGARA KINI LEBIH MUDAH

Alamat : Beyazıt Mh., İstanbul, Turki

Waktu dibuka: Isnin-Sabtu, 0900-1900

#8. Ziarah Makam Abu Ayyub, Sahabat Nabi Muhammad SAW

Istanbul

Masjid Sultan Eyup adalah destinasi ziarah penting bagi umat Islam di seluruh dunia, atas faktor sejarah ketamadunan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Masjid ini bukan sekadar kompleks agama, tetapi juga tempat di mana Abu Ayyub al-Ansari (sahabat baik Rasulullah SAW) dikebumikan.

Dianggap sebagai tapak paling suci di Istanbul, pengunjung yang beragama Islam selalunya akan ke masjid ini untuk memberi penghormatan kepada Abu Ayyub. Oh ya, tiada yuran masuk dikenakan namun bayaran adalah berasaskan sumbangan yang ingin diberikan.

Alamat : İslambey, Eyüp Sultan Bulvarı, Eyüp Sultan Meydanı, 34050 Eyüp / İstanbul, Turki

Waktu dibuka : 0900-1800 setiap hari

Bagaimana untuk ke sini : Naik tram dari Sultanahmet ke Eminonu, kemudian naik feri Golden Horn ke Eyup.

#9. Menjamu Selera Di Gaziantep Burç Ocakbaşi
Istanbul
Kebab dan roti pita kat sini memang sedap!

Kalau anda nak rasa makanan best-best dari Timur Tengah dengan harga yang murah, haa di sini lah tempatnya. Memang makanan macam kebab, roti pita, pizza Turki, roti dan seangkatan dengannya tu sangat-sangat sedap sebab semua tu makanan harian orang-orang dekat sini. Harga pun boleh tahan berbaloi lah, lebih kurang RM28 camtu untuk makan dan minum.

Haa bab makan dekat Turki ni jangan risau, boleh kata majoriti restoran menghidangkan makanan yang halal. Semua daging adalah dari haiwan yang disembelih mengikut cara yang ditetapkan oleh Islam. Kalau ada restoran yang serve makanan tak halal, mereka akan tulis siap-siap dalam menu.

Alamat : Parçacilar Sokak 12, Kapalı Çarşı, 34200 Istanbul, Turki

Waktu dibuka : Isnin-Sabtu, 1200-1600

Harga makanan bermula dari : RM28

Okay so berakhirlah sudah itinerari percutian bajet ke Istanbul. Serius memang Istanbul ni adalah tempat yang wajib korang lawati sebab tempatnya macam pertembungan antara budaya Timur dan Barat. Lagipun, Turki ni kaya dengan sejarah terutamanya masa zaman kegemilangan kerajaan Uthmaniyyah dulu-dulu.

Istanbul

Kalau anda ada cadangan yang lagi best ataupun nak kongsi pengalaman, boleh tulis dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here