Tesla sebelum ini telah menggemparkan dunia dengan reputasinya sebagai pengeluar kereta elektrik yang mempunyai sistem pemecutan padu. Di laman YouTube juga banyak menyiarkan video kereta sedan mewah Tesla iaitu Model S yang mempunyai kelajuan mengatasi kebanyakan kereta sport di luar sana.

Terbaru, Tesla muncul dengan kereta model terbaru iaitu Model X. Kereta jenis SUV ini masih belum diuji kemampuannya di atas jalan. Jadi, ramai yang tidak tahu akan potensi sebenar kereta Model X ini.

Tesla Model X

Sehubungan dengan itu, satu saluran di YouTube iaitu DragTimes mengadakan satu perlumbaan berkonsepkan ‘drag race’ bagi menguji kelajuan kereta terbaru Tesla ini. Kereta Model X P100D dengan mod ‘lincah’ diaktifkan berentap dengan Lamborghini Aventador SV. Perlumbaan tersebut ternyata sangat menarik dan menderum emosi para penonton.

BACA JUGA :   Model SUV Pertama Keluaran Lamborghini Ini Adalah Yang Terpantas Di Dunia

Saksikan video tersebut di sini :

Sumber Video : Drag Times 

Tesla Model X berjaya menandingi Lamborghini di dalam perlumbaan sejauh satu perempat batu tersebut. Keputusan ini sangat mengagumkan dengan mengambil kira faktor kereta Model X yang lebih berat dan harga yang lebih murah berbanding Aventador SV.

Menurut DragTimes, Model X tersebut juga telah mencipta rekod dunia bagi masa terpantas yang dicatatkan oleh SUV dalam perlumbaan satu perempat batu dengan 11.418 saat. Untuk makluman, Model X P100D ini hanya mengambil masa 2.8 saat untuk memecut dari kelajuan 0-60 mph. Kadar pecutan ini adalah menyamai kelajuan level supercar dan hypercar.

Sumber foto : Trusted Reviews

Tesla Model X adalah SUV crossover mewah bersaiz penuh, yang telah diperkenalkan pada tahun 2012. Menjelang akhir Disember 2016, Tesla dilaporkan  telah menjual 25,000 unit Model X, dengan 11,550 lagi kereta yang dijual pada suku pertama tahun 2017.

BACA JUGA :   Model SUV Pertama Keluaran Lamborghini Ini Adalah Yang Terpantas Di Dunia

Dapatkan Buku Best-Seller Di PBAKL17 Yang Lalu Dengan Harga Termurah Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Sumber : Trusted Reviews

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here