Kerajaan hari ini dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, mahu mengkaji semula Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP). Tun M mendakwa ada beberapa syarat dalam perjanjian itu telah dimasukkan oleh Amerika Syarikat (AS) sebelum negara itu menarik diri daripada rangka kerja berkenaan.

Tun M walau bagaimanapun berpandangan bahawa perjanjian ini tidak memberi kelebihan dan manfaat kepada negara ekonomi kecil seperti Malaysia. Malaysia hanya mampu menjual sedikit sahaja tetapi membeli lebih banyak dalam suasana perdagangan bebas sahaja.

Walau bagaimanapun Tun M, tidak menolak signifikan perjanjian seperti (TPP). Selain itu, beliau juga masih belum memaklumkan sama ada beliau mahu mempertimbangkan untuk keluar daripada pakatan yang terdiri daripada 11 negara tersebut.

Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengkaji semula (TPP) kerana sebuah negara yang kecil dan ekonomi masih ditahap yang lemah, perlu diberikan ruang dan masa untuk melindungi produk-produk mereka dahulu sehingga kedudukan ekonomi stabil dan kian bercambah.

BACA JUGA :   Final Piala AFF Suzuki 2018. Cerita Yang Mengiringi Harimau Malaya

Ini amat penting untuk kita (kerajaan) mempertimbangkan tahap pembangunan sesebuah negara. Berkemungkinan keputusan Malaysia untuk mengkaji semula TPP sudah semestinya memberikan kesan kepada negara-negara yang terlibat.

Antara 10 negara lain yang ambil bahagian dalam perjanjian ini ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Pada 11 November tahun lalu, 11 pemimpin negara, termasuk Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak) telah mencapai persetujuan untuk meneruskan (TTP) dengan nama baharu iaitu Perjanjian Komprehensif dan Progresif TPP (CPTPP) selepas AS membuat keputusan untuk keluar daripada pakatan tersebut.

Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifik berikutan penarikan diri AS dan hal ini akan mengurangkan tarif di negara anggota secara bersesama mewakili 13% ekonomi dunia dan jumlah KDNK sebanyak AS$10 trilion, iaitu 40% dengan kehadiran AS.

Selain itu, agensi penarafan antarabangsa, Moody Investors Service sebelum ini menyifatkan Malaysia sebagai ‘pemenang terbesar’ dalam CPTPP. Hal ini kerana di dalam perjanjian itu ada menyediakan akses eksport ke pasaran baharu termasuk Kanada, Peru dan Mexico.

BACA JUGA :   Disiplin Sosial dan Kerjasama Dijamin dapat Menghentikan wabak

Akses ke pasaran baharu akan memberi pelbagai menfaat kepada negara terutamanya bagi pengeksport minyak sawit, getah dan elektronik.

Perjanjian ini akan memberi manfaat kepada Malaysia melalui peningkatan kadar KDNK sebanyak 5.6% menjelang 2025, berlaku peningkatan kadar eksport sebanyak 11.9% menjelang 2025 dan sektor yang paling banyak mendapat manfaat adalah tekstil, pakaian, komoditi dan industri elektronik.

Namun perjanjian ini juga akan mendatangkan kesan negatif kepada Malaysia seperti menjejaskan alam sekitar, mempertingkatkan kuasa karporat, menghadkan akses kepada informasi, mengancam hak asasi manusia, menghadkan akses kepada ubat-ubatan dan persaingan yang lebih hebat kepada IKS tempatan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here