Tindakan Austria menutup masjid dan membuang imam di negara itu menyebabkan presiden Turki Recep Tayyip Erdogan tampil mengutuk tindakan yang tidak wajar dilakukan kerana ia boleh mengundang kepada perkara yang lebih berbahaya.
Erdogan pada ketika itu berjanji untuk memberi tindak balas dan menyifatkan tindakan dilakukan itu sebagai anti Islam.
“Langkah yang diambil oleh Perdana Menteri Austria itu, saya bimbang akan membawa ke arah peperangan antara Kristian dan Islam,” ujar Presiden Turki ketika berucap di Istanbul.
Ucapan itu dibuat oleh presiden Erdogan sehari selepas kerajaan Austria mengumumkan berkenaan langkah menghalau 60 imam bersama keluarga mereka dan mahu menutup 70 buah masjid di negara itu.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Herbert Kickl, dari Parti Kebebasan (FPOe) yang berhaluan kanan, iaitu merupakan rakan dalam kerajaan campuran Austria, langkah diambil itu amat membimbangkan imam yang didakwa mempunyai hubung kait dengan Pertubuhan Kebudayaan Islam Turki (ATIB), cabang agensi islam hel ehwal agama Diyanet.
Selain itu, kerajaan di negara itu mengesyaki mereka telah melanggar larangan pembiayaan asing kepada kakitangan pejabat agama.
Jurucakap presiden Turki berkata selepas pengumuman dilakukan, langkah Austria menghalau imam dan menutup masjid, dan salah satu itu masjid Turki sebagai ‘cermin kepada anti-Islam, bersifat perkauman dan gelombang diskriminasi di negara itu.’
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :
???