Ini Sebab Kenapa PDRM Dan Jabatan Imigresen Dirombak

0
1076

Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia akan dirombak dan disusun semula berikutan kedua-dua agensi penting tersebut dilihat dalam keadaan “berserabut”.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dua agensi tersebut mempunyai jumlah aduan yang paling tinggi di bawah kementeriaan beliau sehinggakan menimbulkan anggapan negatif dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap kedua agensi tersebut dan lebih-lebih lagi kepada pihak kerajaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Rombakan tersebut amat penting bagi memastikan dua agensi berkenaan dan beberapa agensi lain melaksanakan dasar dan undang-undang Negara dan menjalankan tugas dengan tulus tanpa kompromi mana-mana pihak.

Keputusan sama ada akan dirombak atau tidak, bakal diketahui selepas mengadakan perjumpaan bersama Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam waktu terdekat.

Rombakan ini melibatkan penyusunan semula pegawai tertinggi di PDRM,membabitkan beberapa agensi lain di bawah KDN serta melibatkan pimpinan yang sedia ada.

BACA JUGA :   Siapa Yang Akan "Dikorbankan" Demi Anwar Ibrahim Menjadi Perdana Menteri?

Berikutan sebelum ini, KDN banyak menerima aduan berhubung isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan apabila dikaji dan teliti masalah tersebut, struktur yang sedia ada perlu dirombak kembali.

Dengan cara merombak kembali dua agensi ini diharapkan dapat memperbetulkan dan menyelesaikan beberapa masalah struktur yang dikesan dalam agensi berkaitan sebelum ini. Antaranya ialah proses untuk pemutihan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Tan Sri Muhyiddin Yassin

PDRM kini diterajui oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Muhamad Fuzi Harun manakala Pengarah Jabatan Imigresen dipegang oleh Datuk Seri Mustafar Ali.

Dalam pada itu, pihak polis akan mengambil langah sewajarnya untuk menangkap Low Teak Jho atau Jho Low, individu dipercayai dalang suspek utama kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Arahan penangkapan telah dilakukan 7 Jun lalu, oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

BACA JUGA :   Parti Pejuang Tanah Air Kini Beri Tumpuan Terhadap Krisis Ekonomi dan Kesihatan

Isu mengenai rombakan ini telah tersebar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lagi, namun dinafikan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika itu.

Mengikut khabar angin yang dilaporkan jugak, antara yang bakal diketepikan ialah Fuzi dan beberapa pengarah penting dalam PDRM.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695


 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here