ketagihan

Kemajuan teknologi telefon pintar yang berkembang dan semakin maju menjadikan manusia kini makin bergantung kepada alat telekomunikasi itu. Kebergantungan yang kerap boleh mengakibatkan pengguna ketagihan kepada telefon pintar.

Konglemerat teknologi dan peranti pintar, Apple Incorporation pada Persidangan Pembangun Sedunia Apple 2018 (WWDC 2018) yang diadakan di San Jose, Amerika Syarikat telah mengumumkan beberapa ciri terbaharu pada sistem operasi iOS 12 yang akan dilancarkan kelak.

Ciri-ciri ini merupakan antara langkah oleh Apple untuk mengurangkan ketagihan pada penggunaan peranti iPhone dengan memberi akses pengguna untuk mengawal masa penggunaan telefon pintar mereka dengan lebih mudah.

#1. Do Not Disturb

Apple telah memberi peningkatan kepada fungsi Do Not Disturb yang telah sedia ada dalam iPhone. Peningkatan pada fungsi ini membolehkan penggunakan untuk memaksimakan kawalan terhadap penggunaan peranti iPhone.

Pembaharuan termasuklah meluaskan fungsi Do Not Disturb untuk waktu malam. Sebelum ini, fungsi Do Not Disturb ini digunakan ketika waktu belajar untuk mengelakkan sebarang notifikasi mesej dipaparkan pada skrin iPhone pada waktu tertentu.

BACA JUGA :   Penjelasan maksud huruf “i” dalam produk Apple. Pasti Anda Akan Tergamam

Kemas kini terbaharu pada iOS 12 ini akan membolehkan pengguna untuk menetapkan fungsi Do Not Disturb ini ketika waktu tidur di mana peranti akan mengurangkan kecerahan pada skrin dan tidak memaparkan sebarang notifikasi pada skrin bagi menjamin tidur yang lebih lena tanpa gangguan daripada skrin yang penuh dengan notifikasi.

#2. Screen Time

Bagi membolehkan pengguna memaksimumkan pengawalan terhadap iPhone, fungsi Screen Time telah diperkenalkan. Fungsi ini membolehkan penggunakan untuk mengetahui jumlah penggunaan masa pada sesuatu aplikasi dalam peranti iPhone. Ini bagi membolehkan pengguna untuk mengawal masa yang dihabiskan pada sesuatu fungsi atau aplikasi.

Fungsi Screen Time ini juga amat memudahkan ibu bapa untuk mengawal masa penggunaan peranti iPhone oleh anak-anak mereka. Mereka boleh menetapkan jumlah masa tertentu penggunaan peranti oleh anak-anak mereka.

BACA JUGA :   3 Petua Untuk Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Telefon Anda

Apa yang menarik mengenai fungsi Screen Time ini lagi adalah ibu bapa turut boleh menghalang akses pada peranti anak-anak mereka setelah masa yang ditetapkan tamat. Ia dikenali sebagai Downtime dan sebarang notifikasi tidak akan ditunjukkan pada skrin peranti.

Screen Time boleh ditetapkan merentasi peranti yang berbeza menerusi akaun Apple dan boleh ditetapkan pada peranti atau pada fungsi Family Sharing.

Usaha yang dilakukan oleh Apple ini merupakan satu langkah yang membolehkan masalah ketagihan pada gajet terutama dalam kalangan kanak-kanak diatasi. Segala kemas kini pada sistem operasi iOS 12 ini boleh didapati pada musim luruh ini atau pada sekitar bulan Oktober.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here