Syarikat elektronik terkemuka dunia, Apple kini sedang menjalankan promosi khas untuk anda yang gemar bermain game dari aplikasi App Store. Promosi yang diberi nama Belanja Yourself ini memberikan diskaun pembelian bagi game-game terkenal di Malaysia termasuklah Mobile Legends, Lords Mobile, Legacy of Discord, Marvel: Contest of Champions dan banyak lagi.

 

Setiap game mempunyai tawaran diskaun yang tersendiri. Mobile Legends misalnya, memberikan 20% bonus dengan pembelian skin Dark Rose Freya. Manakala Marvel: Contest of Champions menawarkan 50% nilai bonus untuk pembelian sesetengah pakej.

Legacy of Discord pula memberikan 20% bonus masa yang terhad.

App Store
App Store bagi pengguna iOS.

Game Lords Mobile dan Final Fantasy Awakening juga tidak terkecuali. Lords Mobile menawarkan pakej-pakej istimewa dengan harga diskaun, manakala Final Fantasy berikan tambahan 10% bonus untuk pek-pek terpilih.

BACA JUGA :   Selepas Membaca, Mungkin Akan Menjadi Seorang Pakar Matematik

Promosi Belanja Yourself ini akan tamat pada 24 Mei 2018. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang diskaun bagi game-game lain, anda boleh layari aplikasi App Store di telefon pintar anda.

App Store
Mobile Legends, antara game paling terkenal di Malaysia.

Oh ya, anda juga boleh membuat pembelian melalui saluran telco anda untuk menikmati diskaun-diskaun yang ditawarkan. Servis bayaran melalui telco buat masa kini hanya terdapat untuk pengguna Maxis, Celcom dan Digi.

Sumber : lowyat.net

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here