Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil mempertahankan Lim Guan Eng di atas tindakan Menteri Kewangan itu yang mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Cina di laman Facebook miliknya baru-baru ini.

Sememangnya tindakan Guan Eng tersebut mencetuskan isu dan menimbulkan kemarahan rata-rata rakyat Malaysia. Ramai pihak beranggapan Guan Eng tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan. Lebih-lebih lagi, kenyataan tersebut adalah berkaitan dengan urusan rasmi kerajaan.

bahasa cina
Kenyataan Guan Eng menggunakan bahasa Cina mencetuskan isu.

Tidak kurang juga, ada segelintir pihak yang pantas mengaitkan isu tersebut dengan sentimen perkauman.

Menurut Tun Mahathir, perkara tersebut hanyalah isu kecil dan berlaku kerana kesilapan Guan Eng yang tidak disengajakan.

PH
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Itu salah kecil sahaja, saya tak mahu besar-besarkan isu ini. Kadang-kala kita buat silap”

BACA JUGA :   Rakyat Dapat Berjimat Kira-Kira RM1,000 Setelah Cukai Pendapatan Kini Diturunkan

“Saya rasa dia (Guan Eng) buat kenyataan dalam tiga bahasa, tetapi untuk pembaca Cina dia keluarkan kenyataan dalam bahasa Cina, itu sahaja”, tambah Tun M.

Justeru, Perdana Menteri itu bertegas bahawa beliau tidak akan melarang Lim Guan Eng daripada mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Cina di masa akan datang. Ini kerana kesilapan tersebut adalah tidak disengajakan.

gaji menteri dipotong 10%

Tun Mahathir juga memberikan kebebasan kepada Guan Eng untuk menggunakan bahasa yang diingini sekiranya perlu dalam membuat kenyataan.

Pokoknya, setiap daripada kita sudah pasti punyai persepsi dan pandangan yang tersendiri terhadap isu ini. Tetapi, untuk mengaitkannya sebagai satu isu perkauman adalah tidak wajar kerana Guan Eng mengeluarkan kenyataan itu dalam tiga bahasa ; Melayu, Cina dan Tamil.

BACA JUGA :   Golongan Berpendapatan RM3,100 Ke Bawah Sudah Tidak Perlu Bayar Cukai Pendapatan Bermula 2018

Sungguhpun begitu, Guan Eng juga harus menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan. Janganlah sesekali menganaktirikan bahasa kebangsaan meskipun niat beliau adalah untuk menjaga sensitiviti sesetengah kaum.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

Apa pula pandangan anda ? Kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here