Dua pelancong wanita berbangsa China baru-baru ini tular di media sosial apabila mereka menari ala ‘K-Pop’ di hadapan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dalam keadaan berpakaian seksi. Keadaan tersebut menyebabkan kemarahan netizen kerana tidak menghormati kesucian agama Islam.

Video yang dirakamkan berdurasi 10 minit itu mula mendapat perhatian netizen dan sehingga kini mempunyai sebanyak 5.6 juta tontonan.

Dua wanita itu menari diatas pagar dengan berlatar belakangkan masjid Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Netizen mahukan supaya kedua-dua pelancong asing itu dikenakan tindakan sewajarnya agar perkara itu tidak berulang semula.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Pertubuhan Penyatuan Islam Sabah (PPIS) Datuk Nani Sakam sebelum ini turut menegaskan supaya pihak berwajib mengambil tindakan sepatutnya untuk menjaga kesucian Masjid Bandaraya Kota Kinabalu itu daripada dicemari oleh pelancong asing.

BACA JUGA :   Bahana Tarian Kpop Di Tembok Masjid: Dua Pelancong China Didenda RM 25

Oleh itu, Majistret Cindy Mc Juce Balitus telah mengenakan hukuman selepas kedua-dua yang terbabit itu tidak diwakili mana-mana peguam mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan mereka.

Pelancong bebangsa China itu merupakan guru tarian, telah dikenakan bayaran sebanyak RM25 setelah didakwa mengikut Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah kerana tidak menjaga adab di kawasan suci agama Islam.

Disebakan itu juga, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu terpaksa ditutup buat sementara waktu berikutan video tarian seksi berdurasi 10 saat itu tular di media sosial.

Sungguhpun begitu kedua-dua wanita itu mengaku bahawa tindakan menari di atas pagar kawasan masjid itu bukan atas dasar niat mahu mempersendakan kesucian tempat ibadat umat Islam, sebaliknya hanya bertujuan hiburan semata-mata.

BACA JUGA :   Bahana Tarian Kpop Di Tembok Masjid: Dua Pelancong China Didenda RM 25

“Kedua-dua wanita terbabit telah melaporkan bahawa tindakan mereka adalah tanpa sebarang niat buruk ataupun mahu mengaibkan kesucian tempat ibadat melainkan hiburan semata-mata,” ujar Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

masjid bandaraya kota kinabalu

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here