Dari selatan tanah air, kini kita beralih pula ke negeri yang penuh bersejarah; Melaka. Bagi mereka yang dalam langkah berjaga-jaga dalam menguruskan perbelanjaan dan begitu teliti dalam penjimatan kos ketika melancong, jangan risau. Di Melaka, anda boleh bercuti dengan rasa tenang tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar.

melakaIni adalah antara tempat-tempat yang anda boleh lawati di Melaka:

#1. Kota A Famosa

melakaDi Kota A Famosa, anda boleh melihat sendiri kesan-kesan sejarah sewaktu Kota Melaka ditawan pihak Portugis. Kota ini merupakan kubu pertahanan bagi menangkis serangan dari pihak Melaka. Walaubagaimanapun, akibat kesan beberapa siri peperangan, kota tersebut hanya tinggal pintu kota sahaja sebagai satu kesan sejarah zaman penjajahan.

#2. Pantai Klebang Melaka

melakaBagi Mereka yang merasa lapar dan ‘Food Hunter’ sejati, anda boleh singgah di kawasan pantai ini kerana terdapat pelbagai gerai yang menjual pelbagai jenis makanan. Antara yang terkenal ialah Klebang Original Coconut Shake. Para pengunjung juga menjadikan Dataran 1 Malaysia sebagai kawasan untuk duduk bersantai bersama ahli keluarga dan sahabat handai bersembang hingga ke tengah malam.

BACA JUGA :   Bawa Perniagaan Makanan Anda Di Platform Atas Talian

#3. Jonker Street Melaka

melakaPenggemar barangan antik amatlah dialu-alukan ke sini kerana pelbagai jenis barangan antik yang dijual di sekitar jalan ini. Pelabagai barangan lama seperti mangkuk siah, seterika arang boleh didapati di sini. Kini Joker Street diperkenalkan sebagai Jalan Hang Jebat dan pelbagai kraftangan dan makanan tradisi boleh didapati di kafe berdekatan.

#4. Tasik Ayer Keroh Melaka

melakaPencinta alam semulajadi pasti terpukau dengan panorama tasik ini. Mereka bukan hanya sekadar boleh menikmati keindahan panorama semata-mata malahan aktiviti riadah juga boleh dilakukan bersama keluarga. Aktiviti sukan air amat terkenal di kawasan ini. Terdapat aktiviti yang disediakan dengan harga yang cukup berpatutan yang boleh anda cuba dan lakukan. Antaranya ialah:

  • Berbasikal (RM 3 sejam)
  • Berkayak (RM 3 *tanpa had masa)
  • Wall climbing (RM 3 *tanpa had masa)
  • Memanah (RM 5 *untuk 10 panah)
BACA JUGA :   Remaja 13 Tahun Ini Hidap Kencing Manis Kronik Gara-gara Minum Air Bergas Setiap Hari

Rujukan : https://www.tempatmenarik.my

Begitulah antara tempat-tempat yang anda boleh kunjungi sepanjang percutian bajet di Melaka. Apakah kelebihan tempat-tempat tersebut? Kelebihannya ialah kebanyakan tempat di atas adalah kesemua tempat diatas boleh dilawati secara PERCUMA! Tunggu apa lagi? Jom kita ke Melaka!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here