Sumber foto : Sinar Harian

Umur 13 Tahun Sudah Hidap Kencing Manis

Kegilaan seorang remaja berusia 13 tahun terhadap air minuman bergas sejak kecil akhirnya membinasakan diri sendiri apabila dia kini mengidap penyakit kencing manis tahap kronik.

Remaja berkenaan yang bernama Mahathir itu sudah menderita penyakit kencing manis sejak lima tahun lalu sehinggakan dia  terpaksa mengabaikan persekolahan dan juga menangguh untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

kencing manis
Sumber foto : Sinar Harian

Mahathir mengakui bahawa dia suka minum minuman bergas sejak kecil. Tambahan pula, terdapat sebuah kedai runcit berdekatan rumahnya, jadi memang setiap hari dia akan beli air bergas. Tapi dia tidak sesekali menyangka bahawa dia akan menerima padah sebegitu rupa.

kencing manis

Pada mulanya, ia hanyalah luka kecil di tapak kaki tapi lama kelamaan kakinya semakin membengkak dan bernanah malah akan mengeluarkan bau yang busuk.

Bukan itu sahaja, ketika usia Mahathir 12 tahun, kedua-dua kaki Mahathir itu hampir dipotong oleh doktor bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman.

kencing manis
Gambar sekadar hiasan

Setelah mendapatkan rawatan, doktor mencadangkan untuk memotong kakinya. Namun, perkara itu tidak dipersetujui oleh kedua ibu bapanya kerana mereka tidak sanggup melihat Mahathir yang dilahirkan normal akhirnya kehilangan kaki pada usia yang muda.

BACA : 4 Salah Faham Tentang Diet Ini Punca Mengapa Anda Sukar Turunkan Berat Badan

Ibu bapa Mahathir kemudiannya berikhtiar pelbagai cara untuk menyembuhkannya. Alhamdulillah, akhirnya mereka menemui seorang doktor yang terbaik dan sehingga kini Mahathir masih melakukan rawatan susulan dengannya.

kencing manis

Walaubagaimanapun, pergerakan Mahathir kini sangat terbatas berikutan kawasan luka yang sentiasa berair dan hanya mampu mengengsot di dalam rumah. Jika ada urusan di luar ataupun mahu membawanya ke klinik, dia terpaksa menggunakan kerusi roda ataupun menggunakan kasut yang ditempah khas.

Mujurlah Majlis Agama Islam Melaka (Maim) sudi memberi sumbangan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan Mahathir dan juga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang membenarkan dia mengambil UPSR pada tahun hadapan.

Kini, keluarga ini hanya menunggu elaun orang kurang upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan kasut khas yang sudah dimohon. Diharapkan dengan kerjasama semua pihak, kehidupan remaja ini akan dipermudahkan.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Artikel ini dipetik daripada Sinar Online

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here