Sampai Bila Graduan Nak Makan Gaji ?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, golongan muda terutamanya pelajar universiti perlu me­ngubah mentaliti dengan memberi tumpuan terhadap bidang keusahawanan serta tidak lagi bergantung kepada kerja makan gaji dengan kerajaan.

“Saya mahu mentaliti kita berubah, saya tidak mahu dalam fikiran kita ada mentaliti apabila keluar dari universiti, dalam kepala kata ingin kerja dengan kerajaan”

makan gaji

Sebaliknya, beliau mahu golongan mahasiswa mengubah mentaliti makan gaji selepas tamat pengajian dan sebaliknya menjadi usahawan yang mampu menawarkan pekerjaan kepada individu lain.

makan gaji

Ini kerana bidang keusahawanan terutama yang melibatkan sektor e-dagang dan ekonomi digital merupakan penjana kepada kekayaan negara dan disebabkan itu, golongan muda perlu mencabar diri de­ngan menyertainya.

BACA : Sindiket Jual Diploma Dan Ijazah Palsu Dari UiTM Berjaya Dibongkarkan

“Mahasiswa mesti cabar diri untuk fikir bahawa bidang keusahawanan boleh menjanjikan masa depan yang lebih bermakna,” kata Najib dalam Program VEST 2017 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

BACA JUGA :   8 Menteri Dan 19 Timbalan Menteri BN Tewas Pada PRU14 Kali Ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Raza. Sumber foto : BERNAMA

VEST merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di bawah Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang menerapkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti.

Menurut Perdana Menteri, golongan muda perlu menconto­hi jutawan internet dari China, Jack Ma mencipta kekayaan me­lalui bidang keusahawanan internet.

“Walaupun kita bermula dengan keadaan yang serba sederhana, jangan lupa Jack Ma bermula di dalam satu apartmen kecil”

“Saya sudah pergi ke China dan lihat gambar apartmen Jack Ma yang seluas 600 kaki persegi sahaja ketika dia bermula sebagai usahawan tetapi hari ini, Jack Ma antara yang terkaya di dunia”

Jack Ma, CEO Alibaba. Sumber foto : Business Insider

Kini, Jack Ma adalah CEO bagi syarikat Alibaba serta mempunyai jumlah kekayaan kira-kira $ 39 bilion.

Sehubungan dengan itu, kerajaan sentiasa memberikan sokongan kepada golongan usahawan muda dengan memberi penekanan dari segi latihan dan kemahiran kepada golo­ngan tersebut melalui pelbagai agensi.

BACA JUGA :   Skandal Felda Contoh Kaedah "Rompak" Duit Kerajaan - Tun M

Selain memberi pelbagai latihan dan kemahiran, program mentoring juga ditekankan kepada para usahawan muda supaya lebih cekal dan bermotivasi dalam menjalankan perniagaan.

Tidak dinafikan, menjadi usahawan sememangnya menjanjikan pulangan yang cukup lumayan berbanding bekerja makan gaji dengan kerajaan. Namun, ramai golongan muda hari ini terlalu takut untuk menceburinya kerana gentar dengan cabaran.

Justeru, diharapkan golongan muda dapat membuang mentaliti apabila keluar universiti, terus sahaja mensasarkan untuk kerja makan gaji dengan kerajaan 100%.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Utusan Online
BERNAMA

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here