Sumber foto : Malaysian Digest

Tentera Myanmar Kejam !

Menyaksikan sendiri isteri dan anak perempuannya mati akibat kekejaman tentera Myanmar, begitu perit untuk diingati oleh imam sebuah masjid di Kampung Mondu di wilayah Rakhine, Myanmar.

Sesungguhnya, tiada apa yang lebih memilukan di dunia ini daripada terpaksa melihat ahli keluarga sendiri diragut nyawa di depan mata.

Tragedi itu berlaku apabila dia sedang mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran. Tiba-tiba sahaja, pasukan tentera Myanmar datang memasuki kampung mereka lalu menembak penduduk kampung dan membakar rumah-rumah di situ.

Myanmar
Sumber foto : REUTERS/Simon Lewis/Files

Peristiwa hitam itu memaksa Muhammad Sidiq, 78, untuk lari dari negara itu memasuki Bangladesh dan menjadi antara pelarian etnik Rohingya yang terpaksa berlindung di Kem Pelarian Kutupalong.

Dia yang baru tiba di kem itu sejak 25 hari yang lepas mengakui bahawa pelbagai cabaran dan rintangan perlu dihadapi sebelum tiba di kem itu.

BACA : Israel Terus Bekalkan Senjata Kepada Suu Kyi Untuk Hapuskan Muslim Rohingya ?

Antara cabaran terbesar adalah menyembunyikan diri tanpa dikesan tentera Myanmar. Pihak tentera yang kejam itu tidak akan teragak-agak untuk melepaskan tembakan sekiranya terlihat mana-mana kelibat pelarian Rohingya di depan mata mereka.

BACA JUGA :   Keputusan Undian Piala AFF 2018, Malaysia Berdepan Lawan 'Mudah'
Sumber foto : Reuters

Dia dan pelarian-pelarian yang lain perlu berhati-hati ketika bersembunyi kerana terdapat sangat banyak bom yang ditanam di banyak kawasan. Mereka mengambil masa kira-kira tujuh hari untuk sampai ke Kem Pelarian Kutupalong.

Kekejaman tentera Myanmar membunuh, membakar dan merogol etnik Rohingya memaksa mereka melarikan diri ke kawasan sempadan Bangladesh yang berdekatan bagi menyelamatkan nyawa mereka. Mereka tiada pilihan, sama ada lari atau menjadi mayat yang seterusnya.

Sehingga kini, dilaporkan lebih sejuta penduduk etnik Rohingya berada di kem-kem pelarian di Bangladesh, dengan pertambahan ketara mereka yang melarikan diri ke Bangladesh sejak tercetusnya keganasan di Rakhine, Myanmar pada 25 Ogos yang lalu.

Setiap hari, akan ada sahaja pelarian Rohingya yang baru tiba dan mendaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). Jumlah pelarian semakin meningkat, dan ramai juga di antara mereka yang tidak berdaftar dengan UNHCR.

BACA JUGA :   Anugerah Nobel Keamanan Yang Diterima Suu Kyi Bakal Dilucutkan Setelah Lebih 380,000 Petisyen Dikemukakan ?
Sebilangan kecil penduduk Rohingya yang berjaya merentasi sempadan memasuki Bangladesh. Sumber foto : Saudi Gazette

Walaubagaimanapun, angka sebenar pelarian Rohingya tidak dapat dipastikan kerana ramai yang tidak berdaftar.

Keadaan mereka amat daif dengan kemudahan asas seperti air dan elektrik yang sangat terhad. Untuk makanan, sebahagian besar mereka hanya bergantung kepada sumbangan daripada misi kemanusiaan.

Sumber foto : CNN

Diharapkan kita di sini supaya tidak putus-putus mendoakan keselamatan mereka dan semoga kuasa-kuasa besar dunia tidak hanya memejam mata dalam membela nasib etnik Rohingya yang ditindas ini.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

Sumber :

Artikel ini dipetik daripada BERNAMA

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here