Sumber foto : (AP /Aung Shine Oo)

ISRAEL TETAP BERDEGIL

Israel masih terus membekalkan senjata kepada Myanmar meskipun seluruh dunia mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk minoriti Rohingya Muslim di Rakhine.

Antara bekalan senjata yang disalurkan kepada Myanmar termasuklah 100 buah kereta kebal, senapang serta bot yang digunakan untuk mengawasi sempadan negara tersebut di samping melakukan pelbagai tindakan keganasan terhadap kaum Rohingya, yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai aktiviti penghapusan etnik.

Antara rifle yang dibekalkan kepada Myanmar. Sumber foto : Middle East Monitor
Loading...

Selain itu, syarikat-syarikat senjata Israel seperti TAR Ideal Concepts juga terlibat dalam memberi latihan kepada anggota pasukan khas Myanmar di kawasan yang kini menjadi medan pembunuhan rakyat Rohingya iaitu Rakhine. Ini terbukti melalui laman web rasmi syarikat berkenaan yang menyiarkan foto-foto pasukan khas sedang mempelajari taktik pertempuran dan cara menggunakan senjata tertentu.

Sumber foto : Milli Gazette

Meskipun didesak untuk menghentikan bekalan senjata, Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman tetap bertegas untuk terus menjual senjata kepada Myanmar tanpa mempedulikan keganasan yang dilakukan terhadap Rohingya. Beliau memberi alasan bahawa penjualan senjata itu adalah satu bentuk hubungan diplomatik.

BACA JUGA :   Hamas Mahu Malaysia Ketuai Isu Baitulmaqdis, Bangkang Keputusan Donald Trump
Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman

 

SOKONG KEKEJAMAN KE ATAS ROHINGYA ?

Jika dilihat dari satu sudut, tindakan Israel membekalkan senjata kepada tentera Myanmar ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan.

Rekod keganasan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Gaza di Palestin sudah cukup menjadi bukti bahawa kerajaan Israel memang tidak berperikemanusiaan dalam soal etika dan hak asasi manusia.

Keganasan tentera Israel terhadap rakyat Palestin. Sumber foto : REUTERS

Polisi penjualan senjatanya sangat berkait rapat dengan penindasan yang dilakukan kepada Palestin. Malah, senjata-senjata yang digunakan ketika memerangi rakyat Palestin turut dijual kepada beberapa rejim terkejam di dunia.

Israel pernah memberikan sokongan kepada keganasan perang di Argentina di samping membekalkan senjata kepada tentera Serbia dalam pembunuhan beramai-ramai di Bosnia pada tahun 1992-1995 meskipun Amerika Syarikat dan PBB meletakkan sekatan senjata ke atas Israel.

Myanmar mempunyai hubungan yang rapat dengan negara yang dipimpin Benjamin Netanyahu itu. Ini telah menjadi salah satu faktor mengapa Israel terus menjual senjata kepada Myanmar. Hubungan ini telah wujud sebelum kerajaan junta tentera meletak jawatan lagi.

BACA JUGA :   Turki Muncul Wira Selamatkan Rohingya, Mana Negara Islam Yang Lain ?
Professional Packers and Movers for homes and offices

 

SITUASI ROHINGYA DI RAKHINE

Data yang dikeluarkan PBB menganggarkan 90,000 penduduk kaum minoriti Rohingya terpaksa melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa setelah kampung-kampung mereka dibakar. Pertubuhan hak asasi manusia turut melaporkan bahawa pihak berkuasa Myanmar telah memancung kepala, membakar orang awam termasuk bayi serta merogol beramai-ramai penduduk Rohingya yang masih tinggal di situ.

Mayat penduduk Rohingya yang dibakar di merata-rata tempat

Kebanyakan pelarian yang terdiri daripada wanita sedang melarikan diri ke Bangladesh, dengan 125,000 orang memasuki negara itu sejak 25 Ogos yang lalu. Namun, kerajaan Bangladesh menghalau beratus-ratus ribu dari mereka dan itu meninggalkan mereka tersadai tanpa tempat tinggal. Terdapat 400,000 penduduk Rohingya tinggal di kem-kem pelarian sementara di sepanjang sempadan Myanmar yang terdedah kepada serangan daripada tentera.

Pelarian Rohingya yang tiada tempat berlindung. Sumber foto : Astro Awani

Apa-apapun, diharapkan agar kita di sini tidak putus-putus mendoakan keselamatan mereka di sana. Ini bukan lagi soal agama mahupun warna kulit, ini adalah soal kezaliman yang terkeji.


Sumber :

Independent.co.uk
Dhaka Tribune
Middle East Eye 

 

Facebook Comments

Loading...

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here