Sumber foto : Al Masdar News

Beberapa orang rakyat Malaysia yang terlibat dengan kumpulan miltan pengganas ISIS dilaporkan sedang merancang untuk menyerang Myanmar. Tujuan mereka menyerang kerajaan Myanmar adalah kerana ingin mempertahankan komuniti Muslim Rohingya yang ditindas di Rakhine. Mereka menyifatkan tindakan mereka itu sebagai satu ‘peperangan suci’.

Menurut Datuk Ayob Khan Mydin, Penolong Pengarah Cawangan Khas Pembanterasan Pengganas Bukit Aman, militan IS itu menggunakan isu Rohingya sebagai platform mereka untuk merekrut lebih ramai lagi ahli baru bagi menjalankan aktiviti keganasan mereka.

SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Penolong Pengarah Cawangan Khas Pembanterasan Pengganas Bukit Aman. Sumber foto : Malay Mail Online

Selain itu, IS juga memaparkan gambar-gambar penduduk Rohingya yang diseksa dan ditindas secara meluas di alam maya untuk mencetuskan perasaan simpati lalu memancing orang ramai supaya menjadi sebahagian daripada ahli militan pengganas itu.

BACA : Israel Terus Bekalkan Senjata Kepada Myanmar Untuk Hapuskan Muslim Rohingya

Mengikut maklumat yang diperolehi, ramai rakyat Indonesia yang sudah terpengaruh dengan dakyah ISIS ini dan menyertai kumpulan militan di negara mereka. Tidak mustahil, rakyat di negara jiran Indonesia iaitu Malaysia juga akan terjebak dengan aktiviti keganasan ini jika perkara ini tidak dibendung.

BACA JUGA :   Van Yang Dipandu Pengganas Rempuh Maut Puluhan Orang Awam Dalam Serangan Keganasan Di Barcelona
Komuniti Rohingya Muslim yang ditindas.

Selain itu, kedudukan Myanmar yang dekat dengan Malaysia juga membuka peluang kepada ISIS untuk menyebarkan fahaman mereka di Rakhine. Dari segi geografinya, Myanmar lebih dekat dengan Malaysia berbanding Syria dan selatan Filipina. Buat masa sekarang, Rakhine adalah destinasi sasaran untuk mereka melakukan ‘jihad’.

ISIS
Kumpulan militan ISIS

Baru-baru ini, seorang penjual cendol di Melaka telah ditahan kerana disyaki menyebarkan fahaman militan kumpulan pengganas itu melalui risalah bercetak dan juga mengedarkan bendera-bendera ISIS. Lelaki yang berusia 38 tahun itu juga turut merancang untuk menyertai serangan IS di Filipina dan Rakhine.

ISIS
Bendera ISIS

Ketua militan ISIS di Asia Tenggara iaitu Muhamad Wanndy Mohamad Jedi dari Melaka telah terbunuh dalam satu serangan drone di Raqaa, Syria pada bulan April lepas. Walaubagaimanapun, kegiatan merekrut ahli baru masih lagi berjalan.

BACA JUGA :   Israel Terus Bekalkan Senjata Kepada Myanmar Untuk Hapuskan Muslim Rohingya ?
ISIS
Militan paling dikehendaki di Malaysia, Wanndy sudahpun terkorban pada bulan April lalu.

Pada masa ini, terdapat 4 orang rakyat Malaysia yang merupakan ahli ISIS di Syria dan mereka sekarang sedang aktif merekrut rakyat negara ini untuk turut sama menyertai mereka.

Diharapkan rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan oleh militan pengganas ini dan segera laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapat tahu sebarang informasi yang berkaitan.


Jom layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Terendah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

New Straits Times
BERNAMA

Facebook Comments

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here