Malaysia Tidak Takut Dengan Korea Utara

Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk mengharamkan rakyat negara ini daripada memasuki Korea Utara. Keputusan itu dibuat berikutan ketegangan yang semakin meningkat dalam krisis ujian peluru berpandu yang dicetuskan oleh negara pimpinan Kim Jong Un itu.

Korea Utara

Loading...

Walaubagaimanapun, Kementerian Luar Malaysia berkata pengharaman memasuki negara tersebut hanyalah sementara sahaja sehingga keputusan lanjut diumumkan.

Pengharaman ini dijangka memberi kesan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang akan menentang Korea Utara bagi kelayakan Piala Asia pada bulan Oktober nanti. Perlawanan terebut sudah 2 kali ditunda di atas sebab-sebab keselamatan.

Ini bukanlah kali pertama Malaysia mempunyai konflik dengan Korea Utara. Pada bulan Februari lepas, hubungan antara kedua-dua negara menjadi tegang selepas abang tiri Kim Jong Un iaitu Kim Jong-nam telah dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

BACA JUGA :   Seribu Bantah Kehadiran Donald Trump Di Switzerland
Korea Utara
Kim Jong-nam dibunuh di KLIA

Setakat ini, dua wanita daripada Indonesia dan Vietnam telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan tersebut.

BACA : Bela Nasib Rohingya, ISIS Mahu Rekrut Rakyat Malaysia Untuk ‘Berjihad’ Lawan Tentera Myanmar

 

Hasil siasatan polis Malaysia ke atas insiden itu telah mencetuskan lagi ketegangan dengan Korea Utara. Kesannya, kedua-dua negara bertindak mengusir keluar duta-duta pulang ke negara asal. Selain itu, rakyat dari setiap negara juga disekat daripada pulang ke negara masing-masing.

Korea Utara
Protes yang diadakan di hadapan pejabat kedutaan

Pertelingkahan itu berakhir pada akhir bulan Mac apabila Perdana Menteri, Najib Razak mengumumkan perjanjian yang menuntut kedua-dua negara itu menarik semula sekatan yang dikenakan dan mayat Kim Jong-nam dihantar pulang ke Korea Utara.

BACA JUGA :   Donald Trump Cetus Kebangkitan Neo-Nazi Amerika

Sekatan terbaru yang dikenakan oleh Malaysia ini juga berkait rapat dengan pertikaian antara Korea Utara dan Amerika Syarikat.

Kunjungan Najib Razak dan delegasi Malaysia ke White House baru-baru ini telah memberi mesej jelas bahawa Malaysia akan berpihak kepada Amerika berhubung isu peluru berpandu Korea Utara.

Sumber foto : Malay Mail Online

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump lantang menuntut supaya Kim Jong Un menghentikan program pembangunan nuklear dan peluru berpandunya.


Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Best-Seller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Today Online
ABC News

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here