Keputusan Perbicaraan 7 Suspek Bakar Pusat Tahfiz

Berikutan perbicaraan 7 suspek yang terlibat dalam membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat dua minggu lepas, 2 daripada mereka telah didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan membunuh. Mengikut rekod, kebakaran tersebut adalah tragedi terburuk yang pernah berlaku kepada mana-mana institusi pendidikan di negara ini dalam tempoh 20 tahun.

Insiden ini juga telah menimbulkan kemarahan daripada masyarakat yang mendesak supaya sekolah-sekolah agama menepati standard keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Dalam tragedi itu, blok yang menjadi asrama pelajar-pelajar itu hangus dijilat api. Kebakaran itu telah mengorbankan 23 nyawa iaitu 21 orang pelajar dan 2 orang warden.

Tahfiz
Sumber foto : Astro Awani

2 orang tertuduh itu merupakan sebagian daripada sekumpulan 7 remaja yang berumur di antara 12 – 18 tahun. Menurut laporan, mereka bertindak membakar pusat tahfiz tersebut gara-gara berlakunya pertelingkahan antara mereka dengan beberapa orang pelajar pusat tahfiz beberapa hari sebelum itu.

BACA : Kerana Dendam, 7 Budak Lelaki Berkomplot Cetuskan Kebakaran Di Pusat Darul Quran Ittifaqiyah

 

Walaubagaimanapun, nama dan identiti suspek yang didapati bersalah tidak didedahkan kerana bertentangan dengan undang-undang pesalah bawah umur di Malaysia. Mereka dibicarakan di mahkamah juvana secara serentak dan didakwa atas 23 pertuduhan membunuh, setiap satu bagi seorang mangsa yang terkorban.

Tahfiz
Sumber foto : Astro Awani

Jika mengikut undang-undang mandatori, mereka boleh dijatuhi hukuman mati kerana membunuh. Namun, mereka terlepas daripada hukuman itu kerana masih di bawah umur. Walaubagaimanapun, mereka masih boleh dimasukkan ke dalam penjara, dikenakan sebatan, denda ataupun dihantar ke sekolah pemulihan akhlak yang ditetapkan.

Tahfiz

2 tertuduh itu bersama 4 orang lagi suspek turut didakwa di atas kesalahan penyalahgunaan dadah. Lagi seorang suspek pula dibebaskan kerana kekurangan bukti kukuh. Mereka didapati positif dadah semasa melakukan jenayah itu termasuklah dadah jenis ganja dan methamphetamine, menurut laporan pendakwaan.

Tahfiz
Sumber foto : Utusan Online

Apa-apapun, semoga perbicaraan dijalankan dengan adil dan kesemua yang bersalah menerima hukuman yang setimpal. Mahkamah telah menetapkan tarikh 28 November untuk perbicaraan seterusnya.


Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Best-Seller Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

REUTERS

Facebook Comments

Loading...

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here