Sumber foto : Astro Awani

Pusat Tahfiz Dibakar Angkara Khianat

Kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur baru baru ini merupakan kes kebakaran terburuk di negara ini dalam tempoh 27 tahun. Tragedi itu telah meragut 24 nyawa pelajar termasuk 2 orang warden.

Banyak desas-desus mengatakan bahawa kebakaran berpunca daripada litar pintas. Namun, pihak bomba mendapati litar pintas bukanlah punca kerana kebakaran merebak dengan sangat cepat. Jika litar pintas, ianya mengambil masa kira-kira setengah jam sebelum tercetusnya api.

Pusat Tahfiz
Sumber foto : Astro Awani
Loading...

Hasil siasatan sah mendapati bahawa 7 orang budak lelaki telah berkomplot bagi membakar pusat tahfiz tersebut. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh, motif kesemua budak lelaki tersebut membakar pusat tahfiz itu adalah ingin membalas dendam kerana berlakunya perselisihan faham dan ejek-mengejek di antara mereka dengan beberapa orang pelajar tahfiz beberapa hari sebelum itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Aman Singh

Suspek-suspek adalah dalam kalangan umur 11-18 tahun. Ada di antara mereka yang masih bersekolah dan ada yang tidak. Setelah diperiksa, enam daripada tujuh suspek adalah positif ganja. Pihak polis percaya bahawa mereka dalam keadaan khayal ganja ketika memulakan kebakaran.

BACA JUGA :   Ini Punca Sebenar Yusuf Azmi Mahu Keluar Dari PPIM
BACA : Rakyat Malaysia Diminta Henti Sebar Gambar Dan Video Mangsa Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah

Pada mulanya, mereka semua berpakat untuk mencuri telefon bimbit pelajar-pelajar tahfiz itu bagi membalas dendam. Namun, mereka kemudiannya menukar rancangan untuk membakar pusat itu.


Berikut merupakan kronologi kebakaran yang dimulakan oleh suspek-suspek :

02.30 pagi :

Kesemua suspek berkumpul di Kedai Minum Cek Mek Molek bersebelahan pejabat PPIM dan berbincang untuk membakar pusat tahfiz itu bagi membalas dendam.

 

04.00 pagi :

2 orang suspek pergi ke stesen minyak dan membeli minyak petrol. Mereka mengisi minyak tersebut ke dalam sebuah botol air mineral yang besar.

 

04.30 pagi :

Kesemua suspek berkumpul semula. Salah seorang daripada suspek memanjat masuk pejabat PPIM kerana mahu tidur.

 

04.40 pagi :

3 orang suspek masuk melalui pintu belakang asrama manakala 2 orang lagi menunggu di luar. Mereka mendapati bahawa pintu masuk asrama berkunci dan tidak dapat dibuka. Mereka keluar semula dan turun ke tingkat 1 bagi mengambil tilam lalu diletakkan di pintu masuk asrama di tingkat 2.

BACA JUGA :   Keputusan Perbicaraan Kes Bakar Pusat Tahfiz : Hanya 2 Suspek Disabitkan Kesalahan Membunuh
Pusat Tahfiz
CCTV merakamkan suspek memecah masuk pusat tahfiz. Sumber foto : Kisah Dunia

Mereka keluar sekali lagi dan memecah masuk kiosk untuk mencuri 2 tong gas bagi mempercepatkan proses pembakaran. Tong gas dibawa naik ke tingkat 3 asrama berkenaan. Muncung kepala tong gas itu dicucuk menggunakan lidi supaya gas keluar menghala ke arah pintu.

Mereka kemudian mencurahkan minyak petrol di hadapan pintu masuk asrama. Kemudian, api dinyalakan menggunakan pemetik api. Setelah api mula merebak, mereka semua melarikan diri menggunakan motosikal dan pulang ke rumah masing-masing.


Tambah Datuk Aman Singh lagi, mungkin kerana tahap umur dan kematangan mereka itu menyebabkan mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka akan mencetuskan kebakaran yang meragut nyawa begitu ramai orang.

Pusat Tahfiz
Sumber foto : Utusan Online

Walaubagaimanapun, suspek-suspek tidak akan terlepas daripada muka pengadilan dan akan didakwa mengikut undang-undang. Tindakan mereka akan disiasat di bawan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 kerana menyebabkan kemusnahan melalui api. Suspek boleh dihukum mati atau 14 tahun penjara berserta denda.


Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Terendah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Vitdaily
Harian Metro

Facebook Comments

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here