Sumber foto : Astro Awani

Kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, awal pagi Khamis tadi menarik perhatian seluruh masyarakat, malah ada segelintir daripada mereka yang tidak bertanggungjawab dengan cepat menyebarkan gambar dan video mangsa insiden tersebut.

Kerana ramai pengguna media sosial menyebarkan gambar mangsa dalam keadaan yang menyayat hati, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengecam perbuatan tersebut menerusi status yang dikeluarkan di laman Twitter.

Sumber foto : Twitter
Loading...

JBPM juga menggesa orang ramai supaya menghentikan segera sebarang penyebaran rakaman dan gambar mangsa yang terkorban dalam kebakaran itu tidak kira lah di laman sosial mahupun menerusi aplikasi WhatsApp. Diharapkan semua dapat berhenti forward kepada group-group WhatsApp yang lain.

BACA JUGA :   'Powerbank' Terlalu Panas Jadi Punca Sebuah Kereta Kancil Terbakar
Sumber foto : Utusan Online

Rakyat sepatutnya lebih sensitif dan menjaga hati dan perasaan keluarga mangsa. Cuba bayangkan jika mangsa itu anak-anak kita, sanggupkah kita share gambar dan video itu kepada orang ramai ? Sudah tentunya tidak sanggup, bukan ?


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!

Selain itu, Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga menegur perkara ini di laman Facebooknya ;

Sumber foto : Facebook

Dari sudut psikologi, sebarang klip video dan gambar yang disebarkan boleh memberi kesan trauma dan menganggu emosi keluarga mangsa yang kini sedang berada dalam kesedihan.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 5.30 pagi tadi mengorbankan nyawa 22 pelajar dan dua orang warden. 24 mayat itu ditemui di tingkat paling atas dalam keadaan rentung dan bertindih antara satu sama lain.

BACA JUGA :   Anda Pasti Terkejut Dengan Jumlah Derma Yang Disalurkan Kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Ini
Sumber foto : Astro Awani

Menerusi siasatan yang dijalankan, punca kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas. Kebakaran bermula dari bahagian pintu yang terletak di bahagian tengah asrama, mengikut kenyataan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur.

Justeru, bagi anda yang ada share video atau gambar mangsa, dinasihatkan untuk memadamkannya secepat mungkin.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Malaysian Digest 

Facebook Comments

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here