Sumber foto : Chester

Beberapa bulan yang lalu, satu Malaysia gempar dengan tindakan kerajaan yang menjual Proton kepada China. Timbul tanda tanya dalam kalangan rakyat tentang agenda sebenar di sebalik semua ini.

Tidak cukup dengan itu, kini isu kebanjiran projek prasarana dan hartanah China di Malaysia pula memenuhi dada-dada akhbar di negara ini.

Malaysia-China
Perdana Menteri bersama Presiden China, Xi Jinping. Sumber foto : TODAYonline

Menurut kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Najib Razak, pelaburan-pelaburan daripada China ini adalah sangat penting dalam memacu pertumbuhan negara, menaiktaraf prasarana supaya menjadi lebih maju dan juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

China
Sumber foto : Astro Awani

Projek-projek pelabuhan dan kereta api di Malaysia ini dijangka menerima RM 400 bilion pelaburan daripada China dalam tempoh 20 tahun yang akan datang. Sebagai salah satu kuasa ekonomi terbesar dunia, pelaburan di Malaysia pastinya akan menguatkan lagi cengkaman China terhadap negara kita.

Justeru, mari kita lihat 10 projek terbesar yang menunjukkan pengaruh China ke atas Malaysia :

1.FOREST CITY ( $ 100 bilion )

Projek Forest City. Sumber foto : sme.org

Projek pembangunan campuran oleh Country Garden Holdings ini merupakan projek terbesar oleh pemaju hartanah China di luar negara. 42 % ekuiti dipegang oleh pemegang saham rakyat Malaysia termasuk Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim.

Tarikh Dijangka Siap : 2035

BACA : Iskandar Malaysia Berjaya Raih Pelaburan Terkumpul RM 237 Bilion

 

2.EAST COAST RAIL LINE/ RANGKAIAN REL PANTAI TIMUR ( $ 13 bilion )

Sumber foto : The Star Graphics

Pembinaan jaringan kereta api sejauh 600 kilometer ini dimiliki dan diuruskan oleh Malaysia. Tetapi, projek ini akan dibiayai dan dibina oleh Syarikat Pembinaan Komunikasi China. Bank Import-Eksport China juga menyediakan pinjaman mudah.

Tarikh Dijangka Siap : 2024

3.MELAKA GATEWAY ( $ 10 bilion )

Sumber foto : SCMP

Projek pelabuhan ini pada mulanya dimulakan oleh firma tempatan KAJ Holdings tetapi kini mempunyai pelaburan daripada PowerChina. Di samping itu, Shenzhen Yantian Port Group dan Rizhao Port Group juga terlibat dalam kerja-kerja pembinaan.

Tarikh Dijangka Siap : 2025

4.PELABUHAN ANTARABANGSA KUALA LINGGI ( $ 2.92 bilion )

Pelabuhan kapal Kuala Linggi

Projek ini bertujuan untuk melombong minyak dengan kapasiti untuk menyimpan minyak sebanyak 1.5 juta meter padu. Projek ini turut menyediakan kemudahan servis untuk kapal-kapal yang digunakan oleh industri minyak dan gas. Pelabuhan ini dibiayai dan dibina oleh Kumpulan Keretapi China.

Tarikh Dijangka Siap : 2027

 

 5.PENGEMBANGAN PELABUHAN KUANTAN ( $ 900 juta )

Pelabuhan Kuantan. Sumber foto : Wikiwand

Pelabuhan yang sudah sedia ada di pantai timur ini akan dibesarkan lagi dengan usaha sama antara pihak kerajaan, firma tempatan IJM Corp dan Guangxi Beibu dari China. Satu konsesi untuk menguruskan pelabuhan tersebut selama 30 tahun dimiliki oleh firma Cina itu sebanyak 40 % manakala baki 60 % dipegang oleh IJM Corp.

Tarikh Dijangka Siap : 2018

 

6.ROBOTIC FUTURE CITY, JOHOR ( $ 3.46 bilion )

Gambar sekadar hiasan

Satu perjanjian untuk membangunkan hab bagi penyelidikan robotik ini telah ditandatangani pada persidangan forum Belt dan Road di Beijing. Projek ini akan dibangunkan bersama oleh kerajaan negeri Johor dan syarikat pembuat robot dari China iaitu Siasun.

Tarikh Dijangka Siap : Lewat tahun 2017

 

7.KOMPLEKS TAMAN PERINDUSTRIAN KELULI SAMALAJU ( $ 3 bilion )

Hebei Xinwuan Steel Group dan MCC Overseas Limited telah bersetuju untuk melabur dalam loji keluli di Taman Perindustrian Samalaju di Bintulu, Sarawak.

Tarikh Dijangka Siap : 2020

 

8.PROJEK TAMBAK LAUT DI PERSISIRAN PULAU PINANG ( $ 540 juta )

Projek tambak laut di Pulau Pinang

Syarikat Pembinaan Komunikasi China telah memenangi tender pada tahun 2015 untuk menambak semula tanah di zon persisiran pantai Pulau Pinang.

Tarikh Dijangka Siap : 2018

 

9.TAMAN TEKNOLOGI HIJAU, PAHANG ( $ 470 juta )

Sumber foto : The Borneo Post

Nuclear Huaxing Construction Co akan bersama-sama membangunkan stesen janakuasa solar dan biomas serta taman teknologi hijau bersebelahan dengannya. Lokasi taman ini adalah di daerah Pekan, kubu kuat pilihanraya Perdana Menteri, Najib Razak.

Tarikh Dijangka Siap : Masih belum diketahui

 

10.THE SHORE, SABAH ( $ 130 juta )

Sumber foto : TheShore.my

Projek pembangunan hartanah di Kota Kinabalu, ibu kota Sabah, adalah usaha sama antara firma tempatan Titijaya Land Berhad dan China Railway Group Limited.

Tarikh Dijangka Siap : 2022

Untuk informasi lanjut mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik.


Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

SCMP

Facebook Comments

Loading...

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here