Iskandar Malaysia telah mencatatkan pelaburan terkumpul sebanyak RM237.36 bilion bermula dari tahun 2006 sehingga 30 Jun yang lalu. Daripada jumlah itu, 55 % atau RM130.55 bilion adalah mewakili pelaburan yang telah direalisasikan.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Menurut Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim, pelabur tempatan menyumbang sebanyal 60 % daripada jumlah keseluruhan tersebut. Ini mencerminkan keyakinan berterusan pelabur di Iskandar Malaysia bahawa projek ini bergerak ke arah mencapai objektif pembangunan jangka panjangnya.

Di sebelah kanan adalah Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim. Sumber foto : Utusan Live

Datuk Ismail berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa sektor perkhidmatan seperti pelancongan, pendidikan, kewangan, penjagaan kesihatan, kreatif dan logistik merangkumi teknologi baru telah merekodkan pelaburan sebanyak RM22.40 bilion.

Bagi fasa ini, sektor logistik masih terus mendahului sektor perkhidmatan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM6.70 bilion, diikuti oleh pelancongan (RM4.69 bilion) dan penjagaan kesihatan (RM3.29 bilion).

Legoland Malaysia, salah satu tarikan pelancong utama di Johor.

Sektor perkhidmatan telah menyumbang 10 % kepada jumlah pelaburan Iskandar Malaysia dari tahun 2008 hingga 2017. Turut dilaporkan bahawa sektor ini mencatatkan pertumbuhan sebanyak 17 % dari 2015 hingga 2016. Sektor kreatif, penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan dan logistik akan terus menjadi sektor tumpuan bagi pelaburan-pelaburan baru tahun ini.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Ismail menegaskan bahawa Iskandar Malaysia juga bersedia untuk menjadi hab logistik serantau yang lebih menjadi pilihan, dengan Pelabuhan Iskandar Malaysia menjadi salah satu daripada lima Gerakan Besar yang diutarakan dalam Rancangan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia 2014-2025 (CDPii).

Contoh hab logistik. Sumber foto : BQ Magazine

IRDA mempunyai visi untuk meletakkan Iskandar Malaysia sebagai hab maritim dan logistik dinamik bertaraf dunia di rantau Asean dan Asia-Pasifik. Tambah beliau lagi, sektor perkilangan yang terdiri daripada sektor elektrik dan elektronik, sektor makanan dan pemprosesan agro, sektor petrokimia dan minyak dan gas mencatatkan pelaburan berjumlah RM59.26 bilion.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, sektor perkilangan sahaja telah mewujudkan 129,000 peluang pekerjaan di Iskandar Malaysia dari 2006 sehingga Disember 2016.

Sejak tahun 2007 pula, sebanyak 717,547 pekerjaan telah diwujudkan. 15 % daripada pekerjaan ini melibatkan pekerja mahir dan profesional, manakala 16 % adalah pekerja separa mahir.

 


Sumber :

BERNAMA

Mole.my

Facebook Comments

Loading...

1 COMMENT

Comments are closed.