Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan satu kerangka kerja secepat mungkin bagi mengurangkan inflasi insurans perubatan, yang kini berada pada paras 12 %.


Layari Daulah Online Bookstore Dan Dapatkan Buku Idaman Anda Serendah RM3 !


Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim berkata kadar inflasi pada ketika ini agak tinggi, justeru beberapa langkah perlu diambil untuk menangani isu ini. Beliau berkata peningkatan dalam tuntutan perubatan telah menambahkan lagi tekanan terhadap insurans perubatan premium.

Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim. Sumber foto : The Star Online

“Secara puratanya, tuntutan insuran perubatan menaik 14 % setiap tahun”, ujar beliau ketika pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku kedua negara pada hari ini.

Tuntutan bersih yang dibayar kepada pemegang polisi telah meningkat kepada RM4.9 bilion pada tahun 2016 berbanding RM4.5 bilion pada 2015, di mana tuntutan ini didorong oleh permintaan untuk penjagaan kesihatan yang lebih baik, populasi penduduk yang semakin berusia dan kecenderungan menghidap penyakit kronik berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat.

Beliau juga menegaskan bahawa kenaikan harga ubat dan rawatan adalah antara faktor yang mengakibatkan tuntutan insurans menjadi lebih tinggi.

​​Sementara itu, menjawab soalan mengenai kehadiran syarikat-syarikat insurans asing ke dalam negara yang sebahagiannya tidak mematuhi undang-undang pemilikan Malaysia, Datuk Muhammad berkata bank pusat itu telah menggesa syarikat-syarikat insurans tersebut untuk memenuhi janji-janji mereka.


Layari Daulah Online Bookstore Dan Dapatkan Buku Idaman Anda Serendah RM3 !


“Itulah yang kami minta selepas memberikan lesen (kepada syarikat insurans) untuk beroperasi di Malaysia, namun ini juga bergantung pada saiz syarikat, syarikat yang lebih kecil akan menghadapi masalah yang lebih kecil dan begitulah sebaliknya,” tambah beliau lagi.

Sebelum ini dilaporkan bahawa penanggung insurans asing di pasaran domestik telah diarahkan untuk mencari dan melibatkan rakan kongsi tempatan seperti yang termaktub dalam undang-undang pemilikan Malaysia.

BNM dilaporkan mengeluarkan arahan pada bulan April kepada Tokio Marine Holdings Inc, AIA Group Ltd, Great Eastern Holdings Ltd dan Prudential untuk mengemukakan identiti rakan kongsi tempatan, yang akan mengambilalih 30 peratus pegangan saham dalam operasi mereka.

Berikutan liberalisasi pemilikan asing, Malaysia memerlukan syarikat insurans asing dan pengendali takaful untuk mematuhi 30 peratus penyertaan tempatan di dalam syarikat mereka dan mengekalkan sebanyak 49 % kepada 70 % ekuiti asing di dalam syarikat.

Pada perkembangan lain pula , faktor risiko yang lebih besar, iaitu model kenderaan, pengalaman pemandu, tingkah laku semasa memandu dan ciri keselamatan kenderaan kini diambil kira untuk menentukan premium insurans motor berbanding faktor-faktor seperti umur penerima insuran, usia kenderaan dan rekod tuntutan lepas.


Layari Daulah Online Bookstore Dan Dapatkan Buku Idaman Anda Serendah RM3 !


Pada tahuin 2016, 19,307 kenderaan telah dicuri dan syarikat insurans membayar RM77.8 juta dalam tuntutan kecurian bagi tiga model kenderaan paling terkemuka iaitu Toyota Vellfire, Mitsubishi Pajero dan Toyota Hilux.​

Sumber foto : Toyota

 


Sumber :

BERNAMA

Mole.my

Facebook Comments

Loading...