Sumber : www.mole.com

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) adalah antara kumpulan pertama dalam senarai 14 syarikat yang diluluskan oleh jawatankuasa perlesenan Brazil untuk menerima konsesi minyak dan gas.


Jom Membeli Buku Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Termurah Di Malaysia!


Jawatankuasa tersebut telah meluluskan senarai kumpulan pertama syarikat menjelang pusingan pelesenan ke-14 negara itu untuk konsesi tersebut, yang dijadualkan pada 27 September

Harga komoditi yang lebih rendah serta pergolakan politik domestik di Brazil nampaknya tidak menjadi penghalang kepada sesetengah syarikat minyak terbesar di dunia daripada menyertai pusingan pelesenan di Brazil itu.

Setakat ini, 34 syarikat minyak daripada 11 negara telah memohon untuk meletakkan bidaan bagi pusingan tersebut dan 14 syarikat telah mendapat kelulusan untuk mengambil bahagian, menurut pengatur minyak ANP Brazil. Senarai syarikat yang telah mendapat kelulusan ini dijangka bertambah apabila jawatankuasa pelesanan bertemu lagi untuk menyambung proses kelayakan bagi syarikat-syarikat yang telah menyiapkan prosedur untuk turut sama mengambil bahagian.

Antara syarikat yang telah diluluskan dalam senarai termasuklah syarikat-syarikat gergasi minyak antarabangsa seperti ExxonMobil, BP, Shell, Repsol dan Petrobras.

Selain itu, dua syarikat German iaitu Wintershall dan DEA serta Petronas dari Malaysia juga berada dalam senarai. Ketiga-tiga syarikat ini belum pernah menyertai pusingan pelesenan Brazil sebelum ini.


Jom Membeli Buku Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Termurah Di Malaysia!


Dijadualkan berlangsung pada bulan September, pusingan itu akan menawarkan 287 blok di lubuk luar pesisir Sergipe-Alagoas, Espírito Santo, Campos, Santos dan Pelotas dan lubuk darat di Parnaíba, Paraná, Potiguar, Recôncavo, Sergipe-Alagoas dan Espírito Santo. Apabila digabungkan, jumlah luas kawasan adalah sekitar 122,622 km persegi (47,345 batu persegi).

Sumber : Customs Today

Hasilnya mungkin memfokuskan kepada langkah kerajaan Brazil untuk melaksanakan rangka kerja pengawalseliaan yang lebih business-friendly bagi menghasilkan kalendar pusingan pelesenan dan kandungan peraturan yang lebih fleksibel. Semua ini adalah bertujuan mencetuskan lebih banyak aktiviti penerokaan dan pengeluaran, terutamanya di Lubuk Santos.

Kajian menunjukkan bahawa rizab minyak di kawasan lapisan minyak pre-salt mampu memperoleh sehingga kira-kira 100 bilion tong minyak, sekaligus bakal meletakkan Brazil sebaris dengan pengeluar-pengeluar minyak terkemuka dunia seperti Iraq, Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

Sumber : The Independent

 


Sumber :

New Straits Times

Brunno Baraga, EPMag.com

Facebook Comments

Loading...