Sumber : Anadolu Agency

Sekatan yang dikenakan oleh negara-negara Arab yang lain ke atas Qatar menyebabkan kenaikan harga makanan secara berterusan di negara itu dan pada masa yang sama menjejaskan pasaran hartanah, menurut angka inflasi yang dikeluarkan oleh kerajaan pada hari Selasa yang lalu.


Kunjungi Daulah Online Bookstore Dan Dapatkan Buku Best-Seller #PBAKL17 Idaman Anda Di Sini!


Kadar inflasi tahunan menurun dengan ketara kepada 0.2 % pada bulan Julai. Ianya memuncak kepada 0.8 % di bulan Jun daripada 0.1 % di bulan Mei selepas Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dan pengangkutan dengan Qatar pada 5 Jun yang lalu. Mereka menuduh Qatar menyokong keganasan, yang kemudiannya dinafikan oleh negara tersebut.

Sumber : Poskota News

Dengan menutup sempadan darat Qatar dengan Arab Saudi dan menghalang laluan perkapalan maritim, sekatan-sekatan itu menjejaskan lebih daripada satu pertiga aktiviti import Qatar bermula pada bulan Jun. Ini telah mengakibatkan kenaikan harga barang-barang keperluan asas dan ketidakstabilan dalam penetapan harga jual beli di Doha.

Sumber : Middleeasteye.net
Sumber : Globaltrademag.com

Dapat dilihat bahawa tanda-tanda inflasi sudah mula menghimpit Qatar. Harga makanan dan minuman naik sebanyak 4.5 % daripada tahun sebelumnya, dan merupakan kenaikan terpantas sejak 2014 dengan 2.4 % pada Jun. Banyak produk tenusu dan makanan mudah rosak yang lazimnya diimport melalui sempadan Saudi kini terpaksa diterbangkan atau dihantar menggunakan kapal melalui jarak yang lebih jauh berpunca daripada sekatan yang dikenakan.

Walaubagaimanapun, harga barang-barang buatan seperti pakaian, kasut, perabot dan perkakas rumah turun pada bulan Julai. Ini menunjukkan bahawa Qatar tidak mempunyai masalah mengimport produk-produk ini dengan harga yang berpatutan.


Kunjungi Daulah Online Bookstore Dan Dapatkan Buku Best-Seller #PBAKL17 Idaman Anda Di Sini!


Tetapi, harga rumah dan utiliti jatuh sebanyak 3.6 % berbanding Julai tahun lalu. Kejatuhan ini boleh disifatkan sebagai kejatuhan terbesar mereka dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Dianggarkan kejatuhan tersebut mula berlaku pada awal tahun ini dan turun 2.9 % dari tahun sebelumnya.

Sumber : Qatar Living

Di samping itu, bank-bank Arab Saudi, UAE dan Bahrain telah mula menarik deposit dan pinjaman daripada Qatar sekaligus menyukarkan likuiditi di sektor perbankan. Terdapat juga khabar angin bahawa rakyat daripada tiga negara tadi menawarkan pelaburan hartanah untuk dijual. Sekiranya benar, ini adalah berita yang sangat buruk bagi pasaran hartanah Qatar.

Qatar National Bank. Sumber foto : Bank Info Security

Kunjungi Daulah Online Bookstore Dan Dapatkan Buku Best-Seller #PBAKL17 Idaman Anda Di Sini!


Angka rasmi bagi permit pemaju yang dikeluarkan dalam tempoh dua bulan untuk Jun dan Julai tidak menunjukkan perubahan dari segi trend, tetapi terdapat kesulitan dalam proses permohonan dan kelulusan permit. Dari sudut ini, kesan sekatan mungkin tidak begitu dirasai. Segelintir pemaju yang telah menerima permit boleh memilih untuk menangguhkan pelaksanaan projek.

 


Sumber :

Khaleej Times 

Reuters

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here