Seramai 1,100 kakitangan keselamatan, kakitangan Kementerian Pertahanan dan orang awam akan dapat mengerjakan Haji pada tahun ini, hasil daripada kuota khas yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


Dapatkan Buku Idaman Anda Serendah RM3 Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Hishammuddin, yang juga merangkap Menteri Tugas – Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, berkata bahawa kuota itu diberikan kepadanya di atas kredibilitinya sebagai Menteri Pertahanan, di samping hubungan baiknya dengan pemimpin-pemimpin Arab Saudi.

Datuk Seri Hishammuddin. Sumber foto : Malaysian Digest

Menurutnya lagi, kuota khas akan diutamakan kepada 500 orang anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia, manakala kuota selebihnya akan diberikan kepada kakitangan kementerian, orang awam dan juga 10 anggota Polis Diraja Malaysia.

Penerbangan pertama bagi kumpulan haji di bawah kuota khas yang melibatkan 400 jemaah ini akan berlepas pada hari Selasa depan. Jemaah yang lain pula dijangka berangkat pada 27 Ogos, katanya pada sidang akhbar selepas meraikan jemaah haji di Wisma Perwira.


Dapatkan Buku Idaman Anda Serendah RM3 Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Sumber : Utusan Live

Turut hadir di majlis itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Ketua Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.


Dapatkan Buku Idaman Anda Serendah RM3 Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Selain Malaysia, Putera Mahkota Arab Saudi iaitu Raja Salman juga melonggarkan syarat mengerjakan haji bagi jemaah Qatar. Raja Salman bersetuju untuk membuka sempadan Salwa yang membolehkan rakyat Qatar yang ingin melaksanakan haji melalui sempadan tersebut. Jemaah haji Qatar  juga dibenarkan untuk menyeberangi sempadan tanpa memerlukan pas elektronik.

Raja Salman, Putera Mahkota Arab Saudi

 


Sumber :

BERNAMA

Malaysian Digest

Malay Mail Online

Facebook Comments

Loading...