Sumber : FreeMalaysiaToday

Para saintis berjaya mengecilkan skop kawasan pencarian bagi kapal terbang MH370 kepada tiga lokasi spesifik di selatan Lautan Hindi. Kawasan-kawasan itu dikenalpasti menerusi satelit dan analisis pergerakan kemalangan pada tahun 2014 itu yang dikeluarkan hari ini.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Akan tetapi, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia menegaskan bahawa analisis yang dibuat oleh agensi sains Australia, CSIRO itu adalah berdasarkan imej-imej daripada satelit Perancis yang merakam objek terapung buatan manusia tanpa bukti bahawa mereka adalah daripada kapal terbang Malaysia Airlines MH370.

Lokasi-lokasi tersebut mungkin memberi petunjuk mengenai titik mula kawasan pencarian dalam jarak sekitar 25,000 kilometer persegi. Keluasan itu adalah bersebelahan dengan zon carian asal di barat daya Australia yang dikenalpasti melalui analisis satelit pada waktu-waktu akhir penerbangan sebelum pesawat kehabisan minyak dan terhempas.

Analisis terbaru itu adalah berdasarkan imej satelit tentera Perancis yang dirakam pada 23 Mac, 2014- 2 minggu selepas pesawat MH370 terhempas secara misteri semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Biro Australia kemudiannya mengambil alih kerja-kerja mencari pesawat tersebut daripada Malaysia seminggu selepas itu. Pakar-pakar satelit di Geosains Australia walaubagaimanapun tidak diminta untuk menganalisis imej-imej tersebut sehingga Mac tahun ini. Mereka membuat kesimpulan bahawa sebanyak 12 objek yang kelihatan timbul itu adalah objek buatan manusia.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Setelah disiasat arah asal objek-objek tersebut oleh CSIRO, 3 lokasi yang berpotensi menjadi tempat pesawat itu terhempas adalah seperti berikut:

– 35.6 darjah S, 92.8 darjah T

– 34.7 darjah S, 92.6 darjah T

– 35.3 darjah S, 91.8 darjah T

Sumber : The West Australia

Menurut jurubina laut CSIRO, David Griffin berkata “Meskipun 3 lokasi spesifik telah dikenalpasti, namun masih belum dapat dipastikan sama ada objek-objek yang dirakam tersebut adalah kepingan sebenar sebuah pesawat”.

Malaysia, China dan Australia umumnya telah bersetuju untuk menangguhkan pencarian sonar dalam laut pada bulan Januari selepas 120,000 kilometer persegi (46,000 batu persegi) dasar laut diteroka tanpa menemui sebarang kesan peninggalan MH370.

Sumber : DNA India

Sebuah syarikat penerokaan laut, Ocean Infinity yang berpangkalan di Texas berkata pihaknya telah menawarkan untuk melancarkan kerja-kerja pencarian secara sulit bagi syarikat penerbangan berdaftar Malaysia itu.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Voice370, sebuah kumpulan sokongan untuk keluarga mangsa, berkata di bawah syarat-syarat tawaran yang dibuat kepada Malaysia pada bulan April, Ocean Infinity “ingin dibayar ganjaran hanya sekiranya mereka berjaya menjumpai bahagian serpihan utama pesawat itu”. Mereka menggesa Malaysia untuk menerima tawaran itu.


 


Sumber :

The Associated Press (Rod McGuirk), Bloomberg

Facebook Comments

Loading...