Sumber : HuffingtonPost

Pemilik Microsoft, Bill Gates mengurangkan pemilikannya di dalam syarikat perisian gergasi itu kepada 1.3% sahaja selepas memegang 24% daripada saham syarikat pada 1996.


Dapatkan Buku Best Seller PBAKL17 Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!

Dalam satu kenyataan kepada Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti (SEC) pada Isnin yang lalu, Gates mendedahkan bahawa beliau mendermakan 64 juta saham Microsoft yang berjumlah $4.6 bilion. Ini adalah satu sumbangan yang cukup besar, malah boleh dikatakan yang terbesar sejak beliau mendermakan $16 bilion pada tahun 1999 dan $5.1 bilion nilai saham pada tahun 2000 menurut laporan daripada Bloomberg.

Bill Gates
Sumber : Quora

Kenyataan itu walaubagaimanapun tidak mendedahkan butiran penerima sumbangannya itu. Tetapi dapat dikenalpasti bahawa Gates seringkali menyumbang majoriti sahamnya bagi membiayai Yayasan Bill & Melinda Gates, sebuah badan amal yang ditubuhkan oleh beliau dan isterinya bagi urusan kedermawanan mereka.

Bill Gates
Sumber foto : British Expertise

Gates selalunya mendermakan sebanyak 80 juta saham Microsoft setiap tahun, dan sumbangan terbaru ini bermakna beliau hanya tinggal kira-kira 103 juta saham di dalam syarikat tersebut. SEC juga memaklumkan bahawa Melinda Gates turut mempunyai 425,000 saham Microsoft.


Dapatkan Buku Best Seller PBAKL17 Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!

Jika Gates terus mendermakan sahamnya seperti yang dilakukan sebelum-sebelum ini, dijangkakan pegangannya dalam Microsoft akan menjadi sifar pada tahun 2019. Bekas CEO Microsoft, Steve Balmer masih merupakan pemegang saham terbesar Microsoft, diikuti oleh Gates dan kemudiannya CEO Microsoft sekarang iaitu Satya Nadella.

Bill Gates telah menubuhkan Ikrar Janji ( Giving Pledge) pada tahun 2010 bersama-sama dengan pelabur jutawan, Warren Buffett. Mereka kemudiannya disertai oleh 168 lagi individu lain yang telah berjanji untuk mendermakan sebahagian besar daripada kekayaan mereka untuk tujuan amal dan kebajikan.

Meskipun telah menyumbang wang dalam jumlah yang sangat besar, namun Bill Gates masih kekal sebagai individu terkaya di dunia. Bloomberg menganggarkan kekayaan Bill Gates adalah sebanyak $86.1 bilion, sedikit turun daripada jumlah $90 bilion yang dimilikinya sebelum ini.


Dapatkan Buku Best Seller PBAKL17 Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!

Mengikuti rapat di belakang Bill Gates adalah pengasas Amazon, Jeff Bezos. Beliau berjaya memotong Bill Gates untuk berada di tempat pertama pada bulan lepas namun kembali di tempat kedua setelah kejatuhan harga saham Amazon.

Sumber foto : nytimes

 


Sumber :

Tom Warren , The Verge
Tom Metcalf , Independent.co.uk

Facebook Comments

Loading...