Bill Gates

Siapa yang tidak kenal Bill Gates, seorang jutawan berjaya dan juga pemilik Microsoft yang mempunyai jumlah kekayaan dianggarkan sebanyak USD 89 bilion. Ramai yang tidak tahu, Bill Gates sebenarnya seorang yang sangat suka meluangkan masanya dengan membaca buku. Berikut merupakan buku-buku yang sangat digemari beliau dandi ‘recommend’ untuk dibaca;

  1. On Immunity by Eula Biss

Bill Gates ternyata sangat gemar akan buku ini.

Di dalam buku ini, Eula Biss dengan beraninya membongkar segala persoalan dan mitos yang menyelubungi pemahaman terhadap imuniti serta kesannya kepada individu dan juga badan sosial. Beliau mengutarakan beberapa ketakutan yang kronik – iaitu ketakutan kepada pemerintahan kerajaaan, taraf perubatan, apa yang ada di persekitaran kanak-kanak, makanan, ubat-ubatan dan juga vaksin.

Dengan ketakutan masyarakat terhadap vaksin yang semakin memuncak saban hari, Biss meneyelidik apa yang mereka maksudkan dengan perlindungan vaksin dengan meneliti kesannya kepada anaknya sendiri, komuniti terdekat, rakyat Amerika, dan dunia dengan mengambilk kira rekod sejarah vaksin dari dulu dan juga sekarang.

  1. Should We Eat Meat ? by Vaclac Smil

Buku ini berkisar tentang penjelasan panjang lebar dan kritik terhadap pemakanan daging dalam diet seharian, berpaksikan kepada sejarah dan juga melihat kepada sisi seluruh pelusuk dunia.

Buku ini juga menyelidik sistem pengeluaran daging moden, kos yang digunakan, efisiensi dan juga hasil produk. Mesej yang disampaikan oleh penulis adalah jelas supaya masyarakat terutamanya di Barat mempertimbangkan kadar pemakanan dagng berdasarkan kesan positif dan negatifnya terhadap tubuh badan serta alam semulajadi.

  1. How To Lie With Statistics by Darrell Huff

Buku ini merungkai kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan dalam mentafsir data dan statistik yang mengakibatkan hasil data menjadi tidak tepat.

Buku ini turut menjadi salah satu buku statistik terlaris dalam sejarah, dengan lebih daripada 1.5 juta salinan telah terjual dalam edisi bahasa Inggeris. Penulis buku ini iaitu Darrell Hufff turut menganalisis setiap jenis statistik popular yang sering digunakan oleh kebanyakan organisasi.

Beliau menyemak sampel kajian, taburan data, teknik wawancara dan kaedah hasil kajian yang diperoleh. Lebih penting lagi, buku ini turut mendedahkan teknik-teknik manipulasi yang sering digunakan dalam penghasilan data.

  1. What If ? by Randall Munroe

Randal Munroe telah meninggalkan NASA pada tahun 2005 untuk mengasaskan satu laman sesawang yang membicarakan persoalan-persoalan sains. Laman sesawang beliau itu kemudiannya mula mendapat perhatian masyarakat dan menjadi semakin terkenal.

Semenjak daripada itu, pelbagai soalan sains tidak putus-putus telah diajukan kepada beliau menerusi laman sesawangnya itu. Dari situlah tercetusnya inspirasi bagi Randal Munroe untuk menerbitkan buku berjudul ‘What If’ ini.

Secara ringkasnya, buku ini membicarakan jawapan kepada soalan-soalan sains dalam bentuk kartun dan infografik yang menarik.

  1. Hyperbole And A Half by Allie Brosh

Hyperbole and a Half adalah satu kombinasi daripada ‘webcomic’ dan blog yang ditulis oleh Allie Brosh. Beliau menceritakan kembali kisah hidup beliau termasuklah memori manis dari zaman kanak-kanak dan cabaran yang dihadapi apablia beliau semakin meningkat dewasa.

Kisah perjalanan hidup penuh suka dan duka Allie Brosh ternyata menghiburkan tetapi sarat dengan pengajaran .

  1. Magic Of Reality by Richard Dawkins

Richard Dawkins merupakan salah seorang ahli biologi evolusi yang sangat terkenal terutamanya dalam bidang pendidikan sains.

Sepanjang hidupnya, beliau banyak meluangkan masa menjelaskan dan menerangkan keajaiban fenomena sains kepada masyarakat. Sehubungan dengan itu, buku ini tercetus hasil daripada kerjasama antara Richard Dawkins dengan Dave McKean, seorang pakar pereka grafik.

Segala rahsia keajaiban sains diceritakan dalam bentuk ilustrasi yang menarik dan semestinya sesuai untuk pembaca dari semua golongan umur.

Sumber : https://www.goodreads.com/

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here