Masterpiece Hilal Asyraf Bertajuk ‘Pemburu’ Ini Bawa Novel Aksi Ke Tahap Lebih Extreme

Novel Pemburu bergenre sains fiksyen ditambah dengan unsur islamik ini mengisahkan pengembaraan hidup antara dua watak utama iaitu Mustafa dan anaknya, Bakri dalam membanteras kejahatan daripada pihak musuh yang mengancam keamanan dan ketenteraman bumi Malaysia.

Kelainan yang ditampilkan dalam novel ini adalah penggunaan latar masa tatkala Malaysia sudah menjadi sebuah negara maju setanding dengan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika, China dan Jepun. Rakyat Malaysia rata-ratanya mempunyai tahap pemikiran kelas pertama dan sangat bersatu padu dalam kehidupan.

Struktur kepimpinan negara pada masa itu juga ditadbir oleh pemimpin yang berwibawa dan berkaliber. Ini menyebabkan negara Malaysia boleh disifatkan sebagai sebuah negara yang sempurna dalam segenap aspek.

Selain daripada itu, sistem pertahanan negara turut dilengkapi dengan anggota pertahanan canggih yang dikenali sebagai Hero. Ditambah dengan skuad Inteligen Kerajaan, sistem pertahanan negara ini seringkali dicemburui negara-negara luar. Segala ancaman dapat ditumpaskan dengan mudah dengan adanya Hero dan skuad Inteligen Kerajaan sebagai benteng pertahanan.

Konflik timbul apabila kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri telah mengambil tindakan yang bijak dan strategik dengan Israel untuk menandatangani satu perjanjian supaya kekejaman di Gaza segera dihentikan. Selain itu, perjanjian ini akan turut membebaskan Masjidil Aqsa dan memberikan hak yang sama rata kepada penduduk-penduduk.

Sumber : Mobile Word Live

Dalam masa yang sama, berita mengenai perjanjian ini mencetuskan rasa tidak senang kepada sebuah organisasi rahsia bernama Kesatuan Pemburu (KP).

Organisasi tersebut merancang untuk menggagalkan perjanjian itu bagi memastikan impian untuk mencapai keamanan tidak berjaya. Mereka menghantar beberapa pemburu handalan untuk menghancurkan Malaysia lalu memporak-perandakan keamanan di negara ini.

Sumber : Sniperfury.com

Di sinilah munculnya Bakri dan Mustafa serta wira-wira lain yang bangkit untuk mematahkan misi jahat Kesatuan Pemburu.

Penentangan mereka untuk mengekalkan keharmonian negara itu ternyata penuh dengan cabaran kerana pemburu-pemburu daripada organisasi tersebut telah diubah suai kondisi fizikal mereka yang menjadikan mereka boleh melihat dari jarak jauh, bergerak pantas serta mempunyai ketahanan fizikal yang luar biasa tidak seperti kebanyakan manusia.

Tuntasnya, aksi-aksi pertarungan yang cukup mendebarkan serta kekuatan pemburu ditonjolkan dengan begitu hebat dan luar biasa. Setiap gerakan penembak, luncuran serta arah lencongan peluru diceritakan dengan jelas sehingga para pembaca boleh membayangkan kesemua perkara itu berlaku di depan mata.

Detik-detik cemas yang terdapat juga digarap dengan cemerlang oleh Hilal Asyraf. Bukan sekadar novel sains fiksyen yang penuh dengan pertarungan tulang empat kerat dan senjata canggih semata-mata, novel ini juga banyak menyentuh kepentingan nilai pengorbanan dan kasih sayang yang semakin luput dalam diri masyarakat masa kini.

Di samping itu, perjuangan watak-watak utama yang berpaksikan ajaran Islam turut dititikberatkan oleh penulis. Hilai Asyraf secara tidak langsung juga menyampaikan mesej bahawa umat Islam haruslah memikirkan cara untuk menghentikan kekejaman Israel ke atas Palestin.

Novel ‘ Pemburu ‘ ini sudah tentunya merupakan salah satu daripada koleksi yang wajib anda miliki. Jalan penceritaan yang mengandungi unsur fantasi urban ini pasti membuatkan anda terpesona dan penuh keterujaan dari muka surat yang pertama hinggalah yang terakhir.

Dapatkan karya Hilal Asyraf ini semestinya di www.Daulah.com dengan harga yang sangat berbaloi. Sedikit peringatan, stok adalah terhad. Jadi, jangan lepaskan peluang anda dan dapatkannya dengan segera!

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here