Ensiklopedia Amalan Setahun adalah sebuah kitab yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan nama asalnya Latha’if al Ma‘arif fi ma li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if karangan Ibnu Rajab al-Hanbali.

“Umumnya, ramai mengetahui bahawa setiap bulan dalam kalendar Hijrah mengandungi kelebihan-kelebihan tertentu”

Karangan Ibnu Rajab al-Hanbali ini dilihat sebagai sebuah panduan yang lengkap dalam menjelaskan perspektif Islam terhadap amalan dan ibadah sepanjang bulan Hijrah. Bagi yang tidak mengenali, Ibnu Rajab al-Hanbali ini adalah merupakan seorang ilmuwan Islam yang pakar dalam hadis dan fiqah.


Dapatkan Buku Ensiklopedia Amalan Setahun Ini Dengan Harga Istimewa 20% Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Buku ini dikarang dengan dua tujuan iaitu sebagai motivasi diri kepada umat Islam untuk sentiasa meningkatkan amalan dalam kehidupan seharian selain mengabdikan diri kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

Umumnya, ramai mengetahui bahawa setiap bulan dalam kalendar Hijrah mengandungi kelebihan-kelebihan tertentu. Oleh itu, umat Islam seharusnya merebut anjaran beribadah dalam setiap bulan untuk mendapatkan pahala yang tidak terkira dan mencari keredaan Allah.

Antara bab yang dibincang dan diperjelaskan berdasarkan amalan sunat setiap bulan adalah seperti kelebihan bulan Muharam dan sepuluh hari pertamanya; kelebihan qiamullail, perbahasan tentang hari Asyura, penceritaan tentang kelahiran dan kewafatan Nabi Muhammad SAW, hukum berperang pada bulan haram, hukum berkaitan bulan Rejab, puasa bulan Syaaban dan fadhilat puasa.

“penerbitan buku ini sangat tepat pada masanya di saat masih ramai umat Islam di negara ini tercari-cari sebuah naskhah yang menyenaraikan amalan-amalan sebagai rujukan harian mereka.”

Perkara lain yang dijelaskan adalah kelebihan beramal pada 10 hari pertama bulan Zulhijah, kelebihan hari Arafah dan hari raya korban, perbahasan tentang hari tasyrik dan tiga musim berbeza iaitu musim bunga, panas dan sejuk.

DI samping itu, ada juga diselitkan contoh-contoh amalan yang dituntut dalam Islam yang pernah dilakukan oleh para alim ulama zaman dahulu.


Dapatkan Buku Ensiklopedia Amalan Setahun Ini Dengan Harga Istimewa 20% Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Buku Ensiklopedia Amalan Setahun ini sangat direcommend untuk dibaca oleh anda yang ingin memantapkan ibadah dan amal jariah di samping memantapkan lagi keimanan kepada Yang Maha Esa..

Terdapat banyak kelebihan yang anda akan perolehi daripada buku ini contohnya:

  1. Kandungannya boleh meningkatkan motivasi diri, lebih afdal apabila mutiara-mutiaranya dapat dikongsikan bersama orang lain agar mereka terarah untuk mengubah peribadi menjadi ke arah yang lebih baik.
  2. Pelbagai kisah teladan yang boleh dihayati sebagai motivasi pembentukan diri untuk menjadi soleh dan solehah.
  3. Meleraikan kekeliruan dan persepsi negatif terhadap seruan agama
  4. Informasi yang disampaikan menggunakan bahasa yang jelas, mudah difahami dan disertakan dengan gambar yang menarik.

Daripada pengamatan kami, penerbitan buku ini sangat tepat pada masanya di saat masih ramai umat Islam di negara ini tercari-cari sebuah naskhah yang menyenaraikan amalan-amalan sebagai rujukan harian mereka. Pastinya buku ini akan dapat menyemarakkan lagi keinginan umat Islam di negara ini untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Anda boleh dapatkan buku Ensiklopedia Amalan Setahun ini dengan harga istimewa hanya di Daulah Online Bookstore menerusi link ini. Kami menawarkan diskaun yang semestinya berbaloi-baloi untuk anda. Semestinya anda tidak akan dapat harga sebegini di tempat lain. Stok adalah terhad, jadi dapatkannya sebelum terlambat!

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here