Sebelum ini video seorang remaja memanjat pokok telah tular semasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersepadu (PKPB) pada buolan Jun yang lepas. Video itu menunjukkan remaja perempuan berkenaan terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan internet. Ketika itu juga dia perlu menduduki ujian secara dalam talian yang telah dijadualkan oleh pihak Universiti Sabah Malaysia (UMS).
Namun, kelmarin telah heboh di Dewan Negara apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengatakan bahawa pelajar yang bernama Veveonah Mosibin menipu untuk menaikkan jumlah yang lihat videonya di laman Youtube. Kenyataan itu telah menyebabkan pelajar UMS itu berasa terkilan dan kecewa. Remaja terbabit menafikan dengan keras kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri tersebut.

Ramai netizen di laman sosial telah mengkritik dengan keras kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri itu. Pelbagai lontaran komen diberikan kepada menteri itu. Namun, terdapat rakan yang sama “batch” dengan Veveonah telah mengatakan bahawa ketika video itu dirakam, mereka memang ada ujian akhir yang perlu dijalani secara dalam talian.

Setelah mendapat kecaman yang hebat daripada pelbagai pihak, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu membuat permohonan maaf. Beliau akan membuat permohonan maaf di Dewan Negara pada Isnin hadapan. Beliau juga memaklumkan bahawa beliau menerima maklumat yang tidak tepat  berkenaan dengan pelajar dan video yang tular itu.
– September 2020

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here