Ramai peniaga produk makanan, restoran, home kitchen, food truck dan ramai lagi yang sudah beralih arah ke pasaran digital. Anda bila lagi? Promosi secara tradisional masih lagi relevan namun kurang memberi kesan. Peka dengan situasi Malaysia yang sudah beralih arah ke arah gig ekonomi, Safer Food Merchant sahut seruan kerajaan untuk sediakan platform kepada peniaga kecil, home kitchen , restoran, peniaga food truck untuk promosikan produk makanan mereka secara atas talian. Kaedah ini dilihat lebih berkesan seiring kemajuan teknologi.

Safer Food Merchant adalah sebuah platform atas talian yang bertujuan untuk mempromosikan produk makanan dalam skala pasaran meluas. Kepada anda yang berminat, khususnya home kitchen yang tiada kedai untuk niagakan produk makanan anda, sangat digalakkan untuk serati Safer Food Merchant. Jika berminat, klik link di bawah untuk lakukan pendaftaran.

https://www.safer.my/sign-up-restaurant

Safer Food Merchant juga sediakan aplikasi yang perlu dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan juga App Store iaitu Safer Food. Aplikasi ini memudahkan anda untuk menguruskan akaun, mencantikkan profil kedai seperti logo dan menu makanan yang menarik dan sebagainya.

BACA JUGA :   Safer Ride Memudahkan Pengguna Untuk Ke Destinasi Yang Dituju

Soal harga makanan diuruskan sepenuhnya oleh pihak anda sendiri. Pihak Safer Food Merchant hanya akan menyediakan Safer Delivery Partner yang bertujuan untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan anda. Masa bekerja adalah fleksibel. Ianya sangat sesuai untuk home kitchen yang dipelopori oleh suri rumah sepenuh masa.

Produk makanan yang ingin diniagakan di Safer Food adalah bebas termasuklah makanan barat, timur, Cina, India dan sebagainya. Namun, Safer Food Merchant lebih mementingkan tahap halal kerana memudahkan semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama dan dapat merasai produk makanan anda. Sangat mudah sebenarnya meniaga di Safer Food Merchant. Tonton video di bawah agar anda lebih faham aliran perniagaan :

BACA JUGA :   Nikmati Pengeposan Pantas Dengan Promosi RM5 OFF!

Anda perlu muat naik kesemua maklumat dan dokumen yang diperlukan bagi mempercepatkan pengkatifan akaun anda. Jika terdapat maklumat yang tidak lengkap, ianya akan melambatkan proses pengkatifan akaun anda dan seterusnya akan menyebabkan anda lambat jana keuntungan di Safer.

Pihak Safer Food Merchant jalankan kelas setiap hari Jumaat kepada anda yang berminat untuk tahu tips untuk cepatkan pengaktifan akaun anda. Kelas ini juga bertujuan untuk beri tips untuk berjaya dalam perniagaan atas talian. Jika anda berminat, isi borang di bawah untuk lakukan pendaftaran. Kelas ini hanya terhada kepada 10 vendor sahaja.

https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood

Jangan terlepas untuk ikuti media sosial Safer seperti Facebook , Youtube dan sebagainya untuk ketahui lebih banyak info dan promosi yang dilakukan oleh pihak Safer.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here