VIRAL

Sejak kebelakangan ini, media-media sosial viral dengan hashtag #SDCC yang menjadi bualan pengguna-pengguna laman sosial terutamanya di Twitter dan Facebook.

Apabila diselusuri dengan lebih lanjut, terdapat pelbagai jenis budaya popular seperti komik, filem, drama TV bersiri, action figure dan banyak lagi dalam satu rangkaian. Ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya #SDCC ini.


Jom Berkunjung Ke Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


APA ITU #SDCC ?

SDCC merupakan singkatan kepada Sand Diego Comic Con, sebuah acara hiburan yang terdiri daripada bermacam-macam jenis genre dan juga persidangan komik tahunan yang diadakan di San Diego Convention Center, San Diego, California.

“acara ini memegang Guinness World Records di atas penganjuran festival budaya dan komik tahunan terbesar di dunia.”

Acara ini diadakan pada musim panas dan berlangsung selama 4 hari.

SEJARAH PENGANJURAN

Pada awalnya, konvensyen ini diberi nama Golden State Comic Book Convention pada tahun 1970 yang diasaskan oleh Shel Dorf, Richard Alf, Ken Krueger dan Mike Towry.

Selepas itu, nama tersebut ditukar kepada San Diego Comic Book Convention dan akhirnya menjadi San Diego Comic Con ataupun SDCC kerana lebih singkat untuk disebut. Ada juga yang memanggil konvensyen ini dengan nama Comic Con sahaja.

Konvensyen ini dianjurkan oleh panel yang terdiri daripada 13 ahli lembaga, 16 hingga 20 orang pekerja tetap dan separuh masa serta 80 orang sukarelawan dalam beberapa jawatankuasa.

ACARA YANG DIANJURKAN

Bukan sahaja nama SDCC ini mula mendapat perhatian di seluruh dunia, malah acara yang dianjurkan juga semakin berkembang dan bervariasi dari tahun ke tahun. Pada peringkat awal, SDCC hanya menampilkan acara berkaitan komik, filem-filem bergenre fantasi atau sci-fi, program TV dan beberapa lagi medium hiburan yang seangkatan dengannya.

Kini, SDCC memperagakan industri hiburan dengan skala yang lebih besar yang meliputi budaya pop dalam semua genre termasuklah animasi, seram, anime, manga, permainan kad popular, permainan video, webcomics dan juga novel fantasi.

Selain daripada panel, seminar-seminar dan juga bengkel komik bersama pakar, Comic Con juga memaparkan previu filem-filem yang bakal ditayangkan. Tambahan pula, sesi reviu portfolio bersama syarikat komik dan permainan video juga turut diadakan.


Jom Berkunjung Ke Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Pada waktu petang pula berlangsung acara-acara seperti penyampaian hadiah, pertandingan kostum Masquerade tahunan dan juga Comic Con International Independent Film Festival yang menampilkan filem-filem pendek.

Seperti kebanyakan konvensyen buku komik yang lain, Comic Con menyediakan ruang yang sangat luas dan besar bagi para pengunjung. Ini termasuklah tempat bagi syarikat media, studio filem dan rangkaian televisyen.

“SDCC memperagakan industri hiburan dengan skala yang lebih besar yang meliputi budaya pop dalam semua genre”

Di samping itu, disediakan juga tempat bagi pengedar buku dan juga peniaga vendor. Bila menyebut tentang konvensyen komik, pasti tidak sah tanpa sesi autograf di mana kartunis dan penulis buku boleh bertemu peminat-peminat mereka.

DRAMA DAN FILEM

Beberapa tahun kebelakangan ini, dapat diperhatikan bahawa jumlah promosi rancangan bersiri televisyen adalah sangat banyak jika dibandingkan dengan filem-filem.

Di konvensyen yang dianjurkan pada tahun 2011, terdapat lebih 80 rancangan TV yang dipromosikan berbanding filem yang hanya berjumlah 35. Sesi promosi drama dan filem ini bukan setakat menunjukkan sekilas tayangan malah turut menampilkan panel yang terdiri daripada barisan pelakon, penulis, penerbit dan sebagainya.

Antara contoh aneka rancangan TV yang dipromosikan termasuklah Arrow, Being Human, Chuck, Grimm, MythBusters, Rick and Morty, Supernatural, The Big Bang Theory, The Vampire Diaries, Doctor Who dan Warehouse 13.

HBO dan Showtime pula menyajikan tarikan yang menarik dengan rancangan-rancangan seperti Game of Thrones, Dexter, Shameless dan True Blood.


Jom Berkunjung Ke Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


PENCAPAIAN

Menurut Forbes, SDCC merupakan konvensyen budaya pop yang terbesar di dunia. Ini dibuktikan dengan jumlah kedatangan pengunjung ke SDCC yang melebihi 130,000 orang beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain itu, acara ini juga memegang Guinness World Records di atas penganjuran festival budaya dan komik tahunan terbesar di dunia.

____________________________________________________________________

Sumber : https://www.comic-con.org/

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here