Meneruskan tradisi buku bestseller pertama I’m A Backpacker : Korea, kini Puteh Press datang lagi dengan buku kedua dalam siri travel bertajuk I’m A Backpacker : Europe. Buku ini adalah buku yang menunjukkan cara/how-to, bagaimana untuk mengembara di Eropah.

Keistimewaan utama buku ini adalah bagaimana mahu travel di sebuah benua yang terkenal sebagai elit, tetapi dengan bajet terhad. Dengan wang kurang daripada RM6000, pembaca ditunjukkan cara bagaimana mereka dapat mengembara ke-12 bandar besar di Eropah seperti Milan, Paris, Madrid, dan Berlin.


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


Buku ini ditulis oleh saudara Khairul Abdullah yang telah mengembara di seluruh Eropah dan juga negara Asia yang lain. Pengalaman beliau telah dibukukan untuk dijadikan sumber rujukan kepada pembaca yang juga menanam azam dan minat yang sama.

Bukan sahaja pembaca dapat berjimat, malah mereka juga dapat merancang sendiri perjalanan seperti mana yang dikehendaki.

Sumber : World Atlas

Bila menyebut tentang Eropah, ramai di antara kita sudah mula membayangkan pemandangan-pemandangan yang indah mata memandang serta butiran salji putih membasahi lantai bumi. Eropah, sebuah benua agung yang tidak perlu diperkenalkan lagi keunikan bahasa dan juga budayanya.

Apa yang lebih menarik adalah perbezaan musim, cuaca dan suhu di sana yang semestinya memberikan pengalaman yang cukup bermakna bagi sesiapa sahaja yang melancong ke sana terutamanya bagi anda yang datang dari Asia.

Bukan itu sahaja, acara-acara besar yang dianjurkan di sana juga pasti memberikan kenangan manis yang tidak akan dapat dilupakan.

Buku ini juga memberi panduan tentang pemilihan negara manakah yang ingin dikunjungi. Sebagai sebuah benua yang mempunyai banyak negara, pemilihan negara yang tepat dan berbaloi untuk dikunjungi adalah sangat dituntut dalam merancang kunjungan ke sana.


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


Penulis juga menerangkan tentang pilihan yang ingin diambil sama ada mahu ‘ travel ‘ secara solo, berkumpulan mahupun bersama ahli keluarga yang lain.

Selain daripada itu, pembaca turut didedahkan dengan pilihan jenis pengangkutan yang boleh digunakan serta tarikh-tarikh yang dirasakan sesuai untuk melancong ke sana.

Seterusnya, buku ini membantu pembaca untuk merancang jenis penginapan jika ada yang masih ragu-ragu untuk di menginap di hotel, hostel ataupun homestay bergantung kepada bajet.

Dalam apa jua aktiviti travel, perancangan rapi merupakan perkara terpenting yang harus dibuat. Justeru, penulis membincangkan beberapa persediaan penting yang mesti dilakukan khususnya dalam menempah beberapa perkhidmatan termasuklah membeli tiket penerbangan, menempah kereta sewa, tiket masuk ke sesuatu tempat dan sebagainya.

Selain itu, segala urusan passport, visa dan insurans perubatan juga ditekankan sebelum berkunjung ke luar negara.


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


Dari segi kelengkapan pula, buku ini turut menyentuh mengenai pakaian yang perlu dibawa, bekalan makanan, alat komunikasi dan lain-lain lagi. Paling penting, persiapan dari segi mental dan juga fizikal juga dititikberatkan.

Setelah segala persiapan dibuat, buku ini memberi penerangan mengenai kesukaran yang lazimnya dialami oleh kebanyakan traveller setibanya di bumi Eropah. Masalah ‘ jetlag ‘ seringkali dialami dek jarak perjalanan yang sangat jauh dan masa di dalam kapal terbang yang lama.

Detik yang paling ditunggu-tunggu semestinya aktiviti yang dilakukan ketika bersiar-siar di sana. Penulis turut berkongsi tempat membeli belah yang menarik serta tips mencari tempat makan dan minum.

Penulis juga memberi peringatan untuk menjaga keselamatan pembaca sewaktu mengembara ke sana kerana terdapat pelbagai jenis taktik yang digunakan oleh penyeluk saku untuk mencuri wang anda. Di pengakhiran, persediaan untuk berlepas pulang juga diterangkan dengan penuh mendalam.

Umumnya, buku ini boleh dianggap sebagai satu buku panduan persediaan yang penting sebelum berkunjung ke sesebuah negara. Ia seperti serampang dua mata kerana tips yang dikongsi dalam buku ini boleh diguna pakai untuk ke berkunjung ke negara lain juga.

Nescaya anda tak akan rugi membeli buku ini kerana banyak maklumat dan info yang boleh anda perolehi.

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan buku ini di www.daulah.com dan jadikan angan-angan anda untuk travel ke benua Eropah menjadi kenyataan. Diskaun sebanyak 25% khas diberikan kepada anda. Stok adalah terhad, jadi dapatkannya sebelum terlambat!

 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here