Haid dan Nifas adalah proses fisiologi yang terjadi bagi seorang wanita normal. Ia merupakan fitrah seorang wanita dan ketentuan yang telah ditetapkan.

Hati mungkin berasa kosong kerana tidak dapat bersolat. Memang semasa haid atau nifas, wanita akan ‘bercuti’ daripada melakukan ibdat seperti solat, puasa dan sebagainya. Namun, mungkin hati terasa kosong tanpa pengisian jiwa rohani dan jasmani.

Loading...

wanitaBuat wanita yang masih was-was untuk melakukan ibadat walaupun sedang ‘cuti’, anda masih boleh melakukan amalan-amalan Sunnah yang mendapat ganjaran pahala.

Disini kami kongsikan beberapa amalan Sunnah yang boleh dilakukan oleh wanita ketika haid dan nifas.

MENDENGAR BACAAN AL-QUR’AN

Dianjurkan untuk mendengar al-Qur’an melalui CD, Youtube, atau tafsir al-Quran tanpa menyentuh mashafnya. Kita juga boleh mendengar ayat al-Quran sambil membuat kerja-kerja rumah.

Ketika ini, amat digalakkan untuk wanita membaca tafsir Al-Quran

Ketika haid ini, ambil peluang untuk cuba memahami dan mengkaji isi al-Quran melalui terjemahan, kuliah-kuliah di internet, dan bahan bacaan rujukan.

Ia bukan saja dapat memberi perspektif yang lebih jelas, malah ia juga dapat membantu kita lebih mudah mengingat serta menghargai setiap surah yang dibaca.

BERSELAWAT

Selawat yang kita ucapkan akan sampai kepada Rasulullah SAW. Ia juga adalah bukti kecintaan dan ingatan kita terhadap Baginda.

BACA JUGA :   Fitrah Al Hajj Menjadi Pilihan Ramai Kerana Menyediakan Variasi Kelengkapan Untuk Ibadah Solat, Haji dan Umrah Dengan Harga Yang Cukup Berbaloi-Baloi

Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang berdasarkan dalil sahih adalah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Jangan lupa, amalan berzikir juga amat dituntut.

Ada banyak jenis zikir yang boleh menjadi amalan ketika haid dan nifas. Ia berupa ucapan tasbih, tahmid, takbir, tahlil, dan sebagainya.

Paling mudah, biasakan diri dengan zikir Fatimah, iaitu Subhanallah (33kali), Alhamdulillah (33kali), dan Allahuakbar (34kali) yang selalu dibacakan ketika selepas solat.

wanita

ISTIGHFAR

Ambil sedikit masa untuk mengingati semua kekurangan diri serta kekurangan ibadah kita selama ini. Banyakkan memohon taubat serta keampunan dari Allah melalui istighfar, dengan menyebut Astaghfirullah hal ‘aziim ( اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ ).

Terdapat banyak kelebihan istighfar bagi seorang hamba. Dari Ibni Abbas ra, baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

BERDOA

Doa adalah antara amalan ketika haid yang paling mudah dilakukan. Ia boleh dilafazkan dengan apa juga bahasa dan pada bila-bila masa.

Dalam keadaan haid, kita boleh berdoa sekalipun doa itu termasuk dalam Al-Quran.

BACA JUGA :   Ini Punca Sebenar Graduan Sering Gagal Di Dalam Temuduga Kerja

 MEMBACA BAHAN BACAAN AGAMA

Terlalu banyak bahan bacaan di luar sana yang boleh dimanfaatkan. Tidak kiralah buku berbentuk sejarah Islam, ibadah, pengetahuan hukum, hadis, motivasi, dan macam-macam lagi.

Pilih saja yang berkenan di hati!

MENDENGAR KULIAH

Dengan perkembangan teknologi zaman ini, segalanya sudah berada di hujung jari. Memang mudah mendapatkan kuliah-kuliah melalui internet.

Namun begitu, usahakan juga untuk menghadiri majlis-majlis ilmu di dewan, kelas, surau, dan sebagainya kerana ia diibaratkan sebagai taman-taman syurga. Kita juga berpeluang untuk berdamping dan berkenalan dengan para ilmuan, golongan alim ulama, serta rakan-rakan yang baik.

wanitaItulah serba sedikit amalan yang boleh dilakukan oleh wanita ketika haid dan nifas. Mudah-mudahan amalan tersebut membuatkan kita kekal berhubung dengan Allah dan mengingatiNYA setiap masa.

Jangan gunakan alasan ‘cuti’ untuk tidak mendekatiNYA. Indahnya menjadi seorang wanita. Itulah yang perlu dihargai oleh setiap wanita.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: islamidia.com

 

 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here