”Weh, kau pernah pergi Umrah dulu kan?”

”A’ah, kenapa?’’

”Aku nak tanya la, dekat mana kau beli semua kelengkapan nak pergi Umrah hari tu? Sebab banyak kedai yang aku pergi, tak semua barang ada jual. Leceh lah nak kena ulang-alik pergi banyak kedai”

”Oh, aku selalu pergi dekat satu kedai ni. Kedai tu semua kelengkapan ibadah Solat, Haji dan Umrah dia jual. Harga pun murah, barang pun berkualiti”

”Okay cun, dekat mana tu?”

Soalan macam ni memang acap kali diajukan. Tidak kira lah daripada sahabat handai, jiran-jiran di kawasan kediaman serta rakan sekerja di pejabat. Realitinya, ramai yang menghadapi masalah dalam membuat persiapan umrah dan haji kerana sukar mencari kedai yang menjual semua kelengkapan dengan lengkap di bawah satu bumbung. Ada sesetengah kedai, menjual kelengkapan tertentu sahaja. Suka atau tidak, pelanggan terpaksa mencari di banyak kedai dan ianya sangat menyusahkan.

One Stop Centre Yang Menyediakan Variasi Kelengkapan

Mengikut recommendation daripada rakan-rakan kenalan, ramai yang mencadangkan supaya para jemaah berkunjung ke kedai Fitrah Al Hajj. Kedai ini terletak di Tingkat 3, Sunway Putra Mall, berhampiran dengan PWTC. Lokasinya berhadapan dengan Hotel Seri Pacific dan bersebelahan Hotel Sunway Putra.

Fitrah Al Hajj

Sebenarnya sangat senang untuk ke sini kerana boleh pergi menggunakan perkhidmatan LRT atau KTM Komuter jika risau trafik sesak. Bagi yang memandu pula, kedai ini terletak di shopping mall yang mempunyai tempat letak kereta yang sangat luas dan banyak. Turun sahaja dari kenderaan, naik lif terus ke tingkat 3, jalan sedikit sudah nampak kedainya.

Ternyata memang betul apa yang diperkatakan, Fitrah Al Hajj membekalkan segala keperluan dan busana yang dicari untuk  beribadah. Sebut sahajalah daripada jubah lelaki dan wanita, dewasa dan kanak-kanak, kain ihram, telekung, cardigan muslimah, tasbih digital, kurta atau wangian, segala-galanya lengkap ada di sini.

Senang cerita, kedai ini boleh disifatkan sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre) kerana semuanya ada. Memang sangat mudah dan sudah tidak perlu membuang masa berkunjung ke banyak kedai.

Fitrah Al Hajj

Perkara itu sendiri diakui oleh rata-rata pelanggan yang berkunjung ke situ. Bagi Puan Amanina, beliau sangat suka membeli kelengkapan ibadah di Fitrah Al Hajj kerana segala jenis barangan dibekalkan.

Alhamdulillah … semuanya ada di sini kelengkapan haji dan umrah. Senang nak cari barang, selesa, layanan pun sangat mesra dan baik. Siap ada kurma dan air zam zam lagi untuk customer. Terima kasih Fitrah Al Hajj …”, katanya.

Harga Berbaloi & Mampu Milik

Bila sebut tentang kedai Fitrah Al Hajj ini, pada mulanya memang agak risau sedikit berkaitan harga. Maklumlah, kedai-kedai di shopping mall selalunya letak harga yang agak tinggi. Apabila masuk ke sini, tak sangka rupa-rupanya harga yang diberikan adalah sangat berpatutan, murah dan berbaloi-baloi.

Fitrah Al Hajj

Walaupun kedai ini berstatus butik, namun pemiliknya tetap bermurah hati memberikan harga mampu milik kepada para pelanggan disamping seringkali menawarkan harga promosi. Pemilik kedai ini mengamalkan konsep ibadah dalam perniagaan dengan menginfakkan hasil jualan kepada rumah-rumah anak yatim, sekolah-sekolah Maahad Tahfiz, golongan dhaif serta masjid-masjid.

Pakaian-Pakaian Bermutu Tinggi & Selesa Dipakai

Yang bagusnya, kualiti bagi pakaian-pakaian di sini sangat bermutu tinggi. Difahamkan kedai ini mengeluarkan kain ihram jenama Fitrah Al Hajj dengan penghasilan tuala ihram yang sangat berkualiti dengan harga berpatutan. Jubah dan telekung yang dijual di sini juga menggunakan kain yang bermutu tinggi serta menitikberatkan kekemasan dan kesempurnaan untuk dipakai.

Fitrah Al Hajj
kain ihram keluaran Fitrah Al Hajj sememangnya bermutu tinggi

Dari segi potongan dan jahitan pula sangat sempurna, sesuai untuk semua bentuk badan tidak kira kecil atau besar kerana kedai ini menjual jubah dari saiz S hingga saiz 6XL. Sejujurnya, sangat berbaloi dengan kualiti dan harga yang diberikan.

Menurut komen dari salah seorang pelanggan, Puan Nong Bakri, beliau sangat-sangat memuji kualiti mini telekung ziarah iaitu Raudhah keluaran Fitrah Al Hajj. Raudhah merupakan mini telekung berlengan yang dijahit dengan tudung dan memberikan fungsi dua dalam satu, sebagai baju harian dan sedia digunakan untuk bersolat. Beliau juga memuji kreativiti pemilik kedai ini yang mengeluarkan Telekung Berpoket yang terdapat dalam beberapa versi samada bahagian atas sahaja atau satu suit (bahagian atas dan bawah).

“Kualiti kain yang sangat bermutu, lembut dan selesa.  Kaum wanita tak perlu risau nak fikir mana nak letak purse, handphone dan kunci kereta semasa solat di masjid atau di luar rumah sendiri mahupun semasa beribadah di Tanah Suci. Salah satu kelengkapan haji dan umrah yang mesti dimiliki … sangat berbaloi”, ujarnya.

Antara pakaian dan busana yang sering menjadi permintaan ramai di Fitrah Al Hajj adalah Baju Kurung Kedah. Istimewanya Baju Kurung Kedah ini adalah ianya dibuat daripada kain kapas tulen. Sebab itulah ramai pelanggan wanita menyukainya kerana selesa dipakai, terutama dalam keadaan cuaca panas di Tanah Suci. Bila dah selesa, nak menghadap Sang Pencipta pun rasa tenang sahaja.

Fitrah Al Hajj
Baju Kurung Kedah sering menjadi permintaan ramai di kedai ini

Lebih menarik lagi, perkhidmatan pelanggan atau servis yang diberikan memang sangat pantas dan mesra. Apabila anda ingin memilih kelengkapan yang bersesuaian, kakitangan Fitrah Al Hajj begitu peramah dalam memberi nasihat berkaitan persediaan ke Tanah Suci dan cadangan kelengkapan yang perlu dibawa. Jadi, selain membeli, banyak juga input-input berguna yang dapat ditambah.

Fitrah Al Hajj
Selebriti-selebriti terkenal seperti Alif Satar, Raja Azura dan Aqasha turut memilih Fitrah Al Hajj sebagai destinasi untuk mendapatkan busana idaman mereka

Menjadi Pilihan Pelanggan Dari Serata Dunia Serta Selebriti Terkenal

Kedai Fitrah Al Hajj ini boleh dikatakan sangat terkenal, hinggalah pelanggan sanggup datang jauh dari Brunei, Singapura malah dari Timur Tengah pun ada. Kedai ini juga sering menjadi lokasi penggambaran drama-drama dan busana dari Fitrah Al Hajj menjadi pilihan para pelakon. Artis-artis dan selebriti tempatan pun selalu berkunjung ke sini.

Fitrah Al Hajj
Fitrah Al Hajj bukan sahaja dikunjungi rakyat Malaysia, malah turut menerima kunjungan dari saudara Muslim dari serata dunia. Foto menunjukkan kunjungan dari En Diushood dari Tashkent, Uzbekistan untuk membeli kelengkapan Umrah. Katanya tahu dari sahabat-sahabat senegara yang tinggal di Malaysia.
Fitrah Al Hajj
Puan Ateeqah Sulaiman & Puan Zarinah Zakariah sekeluarga dari Singapura
Fitrah Al Hajj
Drama komedi bertajuk Black Belt Kaler Pink yang ditayangkan di saluran Astro menjalani penggambaran di Fitrah Al Hajj. Dibintangi oleh Aaron Aziz, Kamal Adli, Aiman Hakim Ridza, dan Farali Khan. Drama bersiri terbitan Global Station Sdn Bhd arahan Riza Baharudin.

Jika ada di antara anda yang tidak berkesempatan untuk berkunjung ke sini atas kesibukan kerja, urusan keluarga dan sebagainya, anda tidak perlu risau kerana anda boleh membeli melalui online.

Sejujurnya, memang rasa sangat berpuas hati membeli kelengkapan ibadah di Fitrah Al Hajj. Kedai ini membantu para jemaah mendapatkan kelengkapan ibadah solat, haji dan umrah di satu lokasi yang selesa, harga yang berpatutan, produk yang berkualiti serta ditemani oleh perkhidmatan yang mesra pelanggan. Pendek kata, memang berbaloi membeli di sini. Bila sudah datang sekali, pasti rasa nak datang lagi.

Bagi yang tertanya-tanya di manakah lokasi kedai ini, berikut adalah lokasi Fitrah Al Hajj dan butiran laman web jika anda ingin membeli secara atas talian (online):

Alamat: Lot 3.07, Level 3, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur

No. Telefon Butik : 03-4050 2376

Hotline: 1-300-88-5666

Whatsapp: 013-2111186

Facebook: Kelengkapan Haji dan Umrah Fitrah Al Hajj

Instagram: @fitrahalhajj

Website: www.fitrahalhajj.my

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here